Sertai pengarah Chloe Zhao dan barisan pelakon Eternals mengongsi pengalaman mereka semasa pembikinan filem Marvel Studios yang paling bercita-cita tinggi setakat ini. Ketahui perasaan para pelakon menghidupkan watak mereka, menjalani penggambaran di lokasi terpencil dan membina ikatan yang membantu mewujudkan hubungan di skrin yang menjangkau lebih 7,000 tahun.
Assembled: The Making of Eternals
BUTIRAN
Saksikan pembikinan filem Marvel Studios yang paling bercita-cita tinggi setakat ini. Terokai visi awal Chloe untuk projek ini dan cara dia mencipta sebuah filem yang intim namun epik. Fahami cara para pembikin filem dan penulis mengadaptasi komik dan menelusuri sejarah manusia untuk mencipta kisah yang membawa MCU ke haluan baharu. Jenguk ke sebalik tabir untuk melihat bagaimana setiap jabatan, daripada Reka Bentuk Produksi hingga Kostum, mendapat inspirasi daripada karya seni awal Jack Kirby. Rasai pengalaman barisan pelakon melakonkan watak mereka, bertemu buat kali pertama di Comic-Con, mengembara ke lokasi terpencil dan mengharungi cabaran alam demi pengalaman sinematik Marvel Studios yang paling naturalistik. Saksikan bagaimana para pelakon menjalin ikatan erat dan menjadi sebuah keluarga di dalam dan di luar set, lalu membantu mewujudkan hubungan watak yang merentasi 7,000 tahun. Bongkar semua ini dan banyak lagi dalam "ASSEMBLED: The Making of Eternals".
- Durasi:
- 57 m
- Tarikh Pelancaran:
- 2022
- Genre:
- Dokumentari
- Klasifikasi: