Jonas Brothers menamatkan jelajah mereka di London dan hanya mahu pulang untuk menyambut Krismas bersama keluarga. Kevin, Joe dan Nick masing-masing bergelut dengan peranan mereka dalam kumpulan. Ikatan persaudaraan mereka diuji apabila mereka menghadapi pelbagai rintangan yang semakin mencabar dalam filem percutian keluarga ini, yang menampilkan lagu-lagu asal baharu dan tetamu selebriti istimewa.
A Very Jonas Christmas Movie
BUTIRAN
Jonas Brothers mengakhiri jelajah mereka dengan sebuah konsert mega di London. Kini, mereka hanya mahu pulang untuk menyambut Krismas bersama keluarga. Namun, perjalanan pulang Kevin, Joe dan Nick dipenuhi pelbagai halangan yang kian mencabar, lalu menguji ikatan persaudaraan mereka. Setiap daripada mereka juga bergelut dengan isu tersendiri: Kevin ingin mencuba sesuatu yang baharu, Joe bertemu semula dengan seseorang dari masa lalunya, dan Nick terbeban dengan tanggungjawab. Dalam usaha mereka untuk pulang, mereka menemui semula semangat Krismas dan mengeratkan kembali hubungan sesama mereka dalam filem seisi keluarga ini, yang menampilkan lagu-lagu asal baharu dan tetamu selebriti istimewa.
- Durasi:
- 1 j 19 m
- Tarikh Pelancaran:
- 2025
- Genre:
- Komedi,
- Muzik,
- Muzikal,
- Fantasi
- Klasifikasi:
- Pengarah:
- Jessica Yu
- Dibintangi:
- Kevin Jonas
- Joe Jonas
- Nick Jonas
- Chloe Bennet
- Billie Lourd
- Laverne Cox