LEGO Star Wars Istimewa Musim Panas
LEGO Star Wars Istimewa Musim Panas
TV-Y7-FV
Perihal Audio
Sari Kata / Kapsyen Tertutup
202249 m
Parodi, Komedi, Animasi, Cereka Sains

Finn aturkan percutian mengejut untuk kawan-kawannya di Kapal Pelayaran Galaksi Halcyon! Tetapi percutian itu jadi tidak menentu apabila dia terpisah daripada rakan-rakannya. Finn yang kesunyian di Halcyon didatangi tiga Roh Force -- Obi-Wan Kenobi, Anakin Skywalker dan Puteri Leia; mereka kongsikan kisah menarik mereka tentang percutian yang tidak diduga.

LEGO Star Wars Istimewa Musim Panas

BUTIRAN


Selepas kejayaan LEGO Star Wars: Istimewa Musim Cuti (2020) dan LEGO Star Wars: Kisah Ngeri (2021), kisah merentas saga ini akan diteruskan dalam kisah istimewa bermusim seterusnya – LEGO Star Wars: Percutian Musim Panas. Ia berlaku selepas peristiwa Kebangkitan Skywalker; Finn telah mengaturkan percutian mengejut untuk rakan-rakannya Rey, Poe, Rose, Chewie, BB-8, R2-D2 dan C-3PO di Kapal Pelayaran Galaksi yang serba mewah, iaitu Halcyon! Tetapi rancangan Finn untuk luangkan masa bersama mereka jadi tidak menentu apabila dia terpisah daripada mereka. Finn yang kini keseorangan di Halcyon sambil mencari rakan-rakannya didatangi oleh tiga Roh Force -- Obi-Wan Kenobi, Anakin Skywalker dan Puteri Leia; mereka kongsikan kisah menarik mereka tentang percutian yang tidak diduga.


Obi-Wan terkenang akan pengembaraan beliau yang merupakan susulan kepada siri Disney Plus Obi-Wan Kenobi. Beliau berganding bahu dengan pengintip pemberontak untuk satu rompakan di Istana Jabba, di mana beliau terpaksa menyamar sebagai pelancong. Ia memaparkan detik lucu dan mendebarkan serta pertemuan dengan Boba Fett. Obi-Wan memberitahu Finn bahawa kita bercuti untuk nikmati saat yang sedang dilalui. Apabila Finn bertemu dengan hantu Force Anakin pula, dia diceritakan kisah tentang anasir jahat yang turut bercuti; Darth Vader mengajak Maharaja yang sedang rasa jengkel untuk bercuti di pantai Scarif yang indah untuk bersantai. Akhir sekali, Jeneral Leia Organa turut bertemu dengan Finn lalu menceritakan kisah percutian keluarga Solo ke Tasik Endor sebelum Ben Solo yang masih muda dihantar untuk berlatih dengan bapa saudaranya Luke. Setelah Finn mengamati kisah-kisah ini, dia dapati percutian itu ada makna yang lebih mendalam. Berbekalkan ilmu yang diterimanya, akhirnya Finn memutuskan untuk luahkan perasaannya kepada rakan-rakannya, itu pun jika mereka berjaya ditemui sebelum percutian mereka tamat.

Durasi:
49 m
Tarikh Pelancaran:
2022
Genre:
Parodi,
Komedi,
Animasi,
Cereka Sains
Klasifikasi:
TV-Y7-FV
Pengarah:
Ken Cunningham
Dibintangi:
Omar Miller
Weird Al Yankovic
Anthony Daniels
Billy Dee Williams
Kelly Marie Tran
Yvette Nicole Brown

Anda Juga Mungkin Suka