Pemberontak bertebaran selepas Empayar menyerang markas mereka di planet ais Hoth. Ketika Han Solo dan Puteri Leia dikejar oleh konco empayar, Luke pula berguru dengan Yoda sebelum menentang Darth vader dan mengetahui kebenaran pahit zaman lampaunya.
Star Wars: The Empire Strikes Back
BUTIRAN
Selepas Death Star binasa, pihak empayar meneruskan pemburuan terhadap pihak pemberontak. Apabila pihak pemberontak tewas di planet ais Hoth, Luke berkelana ke planet Dagobah untuk berguru dengan Tuan Yoda, yang hidup dalam persembunyian semenjak kejatuhan pihak Republik. Di dalam percubaan untuk membawa Luke menyertai pihak kegelapan, Darth Vader telah menjerat Luke di Bandar awan Bespin. Dan ketika pertarungan dahsyat lightsaber dengan tuan Sith, Luke berdepan dengan pendedahan yang mengejutkan apabila mengetahui si jahat Vader sebenarnya adalah bapa kandungnya, Anakin Skywalker.
- Durasi:
- 2 j 9 m
- Tarikh Pelancaran:
- 1980
- Genre:
- Aksi dan Pengembaraan,
- Cereka Sains
- Klasifikasi:
- Pengarah:
- Irvin Kershner
- Dibintangi:
- Mark Hamill
- Harrison Ford
- Carrie Fisher
- Billy Dee Williams
- Anthony Daniels
- David Prowse