The Territory
The Territory
TV-14
Perihal Audio
Sari Kata / Kapsyen Tertutup
20221 j 24 m
Dokumentari

"The Territory" membawa penonton menyelami perjuangan orang asli Uru-eu-wau-wau menentang pencerobohan hutan oleh peladang dan peneroka haram di Amazon Brazil. Dengan sinematografi yang memukau, filem ini membawa penonton ke dalam komuniti Uru-eu-wau-wau dan memberi akses yang belum pernah disaksikan kepada mereka yang secara haram membakar dan membersihkan tanah orang asli yang dilindungi.

The Territory

BUTIRAN


Dirakam sebahagiannya oleh orang Uru-eu-wau-wau sendiri dan difilemkan selama beberapa tahun, "The Territory" memaparkan potret sahih kehidupan harian dan perjuangan komuniti Orang Asli di Amazon Brazil. Dengan sinematografi menakjubkan yang merakam landskap dramatik dan reka bentuk bunyi yang kaya, filem ini membawa penonton menyelami ekosistem berharga yang mereka perjuangkan.



Sejak dihubungi kerajaan Brazil pada 1981, wilayah orang Uru-eu-wau-wau telah menjadi pulau hutan hujan yang dikelilingi ladang dan ladang ternakan, akibat penebangan hutan tidak terkawal selama empat dekad. Komuniti ini berdepan pencerobohan ganas yang memusnahkan alam sekitar di wilayah berdaulat mereka oleh orang luar yang ingin mengeksploitasi tanah. Pencerobohan untuk pembalakan haram dan pembukaan tanah menjadi semakin kerap dan berani saban tahun.

Durasi:
1 j 24 m
Tarikh Pelancaran:
2022
Genre:
Dokumentari
Klasifikasi:
TV-14
Pengarah:
Alex Pritz
Dibintangi:
Bitaté Uru-eu-wau-wau
Neidinha Bandeira

Anda Juga Mungkin Suka

  • thumbnail - The Rescue
  • thumbnail - Edge of the Unknown with Jimmy Chin
  • thumbnail - Expedition Amazon
  • thumbnail - Into the Okavango
  • thumbnail - Guardians of the Amazon
  • thumbnail - The Flood
  • thumbnail - Inside the Enchanted Forests
  • thumbnail - Guardians of the Galapagos