Kenali Dr. Michelle Oakley, doktor haiwan untuk hampir semua hidupan di Yukon. Beliau membuat lawatan ke rumah merentasi ribuan batu persegi untuk membantu haiwan liar dan jinak. Ditemani anak-anak perempuannya dan berbekalkan jenaka setajam skalpel, Dr. Oakley bijak mengimbangi tugasnya sebagai doktor haiwan, isteri dan ibu, sambil membawa kita merentasi landskap paling mencabar dan terpencil di dunia.
Dr. Oakley, Yukon Vet
BUTIRAN

- Tarikh Pelancaran:
- 2014 – 2018
- Genre:
- Perubatan,
- Realiti,
- Haiwan & Alam Semula Jadi,
- Siri Dokumentari
- Klasifikasi:
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M4:Ep1 Mama Gila
Dr. Oakley mengejar biri-biri, merawat lembu kesturi sakit, dan bergabung dengan babi adiwira.
M4:Ep2 Mengusik Sarang Tebuan
Dr. Oakley memeriksa dua ekor beruang hitam semasa pemindahan yang berisiko.
M4:Ep3 Bison Mengamuk
Dr. Oakley memeriksa dua bison kayu garang, kemudian terbang memeriksa anjing-anjing penarik.
M4:Ep4 Bila Kuda Terbang
Dr. Oakley meredah udara untuk mengejar kuda liar Yukon yang paling lasak.
M4:Ep5 Terus Terang
Dr. Oakley mengembara ke Prince Edward Island untuk menangani masalah pembiakbakaan dalam bison.
M4:Ep6 Ketika Lembu Melawan Balik
Dr. Oakley ke pulau terpencil untuk memandulkan anak lembu, tapi pembedahan rutin bertukar bahaya.
M4:Ep7 Beruang Berita Buruk
Dr. Oakley menggadai nyawa untuk menyelamatkan seekor beruang perang daripada lemas.
M4:Ep8 Gasak Beruang
Dr. Oakley ke santuari beruang dan terperangkap di tengah-tengah pergaduhan beruang adik-beradik.