I Love You, Beth Cooper
I Love You, Beth Cooper
13+
Sari Kata / Kapsyen Tertutup
2008 • 1 j 42 m
Pendewasaan, Komedi Romantik, Komedi, Percintaan

Apabila seorang pelajar terbaik meluahkan cinta pada ketua pasukan sorak semasa ucapan graduasinya, gadis itu membalas dengan usikan menggoda. Tindakannya membangkitkan cemburu teman lelakinya, lalu mencetuskan siri kejar-mengejar liar dan pertembungan ganas sepanjang malam graduasi.

I Love You, Beth Cooper

BUTIRAN


Denis Cooverman (PAUL RUST) ialah pelajar terbaik di sekolahnya, tetapi hanya di atas kertas. Sebagai seorang budak skema, dia sentiasa ikut peraturan dan tidak pernah merasai keseronokan zaman remaja seperti ponteng, bergaduh, atau bercinta. Semuanya berubah pada hari graduasi apabila dia memberanikan diri meluahkan lima perkataan: "SAYA CINTAKAN AWAK, BETH COOPER".



Sudah enam tahun Denis memendam perasaan terhadap Beth (HAYDEN PANETTIERE), gadis paling popular di sekolah. Atas desakan kawan baiknya, Rich (JACK T. CARPENTER), Denis bukan sahaja mengisytiharkan cintanya semasa berucap, malah turut membongkar rahsia pelajar-pelajar lain.



Rasa malunya tidak bertahan lama apabila Beth sendiri muncul di parti graduasinya bersama dua kawan baik, Cammy (LAUREN LONDON) yang mulut celupar dan Treece (LAUREN STORM) yang selamba. Keadaan menjadi lebih kecoh apabila teman lelaki Beth yang sasa, Kevin (SHAWN ROBERTS), datang bersama gengnya untuk membelasah Denis.



Tepat pada masanya, Beth menyelamatkan Denis dan membawanya lari bersama Rich dan kawan-kawannya. Maka bermulalah satu malam yang paling liar, kelakar dan penuh debaran dalam hidup Denis, dari senja hinggalah ke subuh.

Durasi:
1 j 42 m
Tarikh Pelancaran:
2008
Genre:
Pendewasaan,
Komedi Romantik,
Komedi,
Percintaan
Klasifikasi:
13+
Pengarah:
Chris Columbus
Pelakon:
Hayden Panettiere
Paul Rust
Jack T. Carpenter
Lauren London
Lauren Storm
Shawn Roberts
Kategori:
Filem

Anda Juga Mungkin Suka

  • thumbnail - 10 Things I Hate About You
  • thumbnail - Never Been Kissed
  • thumbnail - When in Rome
  • thumbnail - You Again
  • thumbnail - Just Married
  • thumbnail - Romy And Michele's High School Reunion
  • thumbnail - Sweet Home Alabama
  • thumbnail - Date Night