Apabila vlogger popular Ruby Franke ditahan kerana mendera anak pada Ogos 2023, kisahnya menjadi antara yang paling tular di Amerika. Selama bertahun-tahun, saluran YouTube keluarga Franke memaparkan kehidupan keluarga yang sempurna dan bahagia kepada hampir 3 juta pelanggan. Namun, keluarga yang bahagia jarang sekali seperti yang kelihatan.
Devil in the Family: The Fall of Ruby Franke
BUTIRAN
Apabila vlogger popular Ruby Franke ditahan kerana mendera anak pada Ogos 2023, ia menjadi antara kisah paling tular di Amerika. Selama bertahun-tahun, saluran YouTube keluarga Franke memaparkan kehidupan keluarga yang bahagia dan sempurna, menarik hampir 3 juta pelanggan. Namun, keluarga bahagia jarang sekali seperti yang disangka. Apabila kepincangan mula terserlah, keluarga ini mendapatkan bimbingan kaunselor Jodi Hildebrandt – lalu terjerumus ke dalam sebuah mimpi ngeri. Hanya mereka yang tahu apa yang berlaku di sebalik pintu tertutup. Buat julung kalinya, dua anak sulung Franke, Shari dan Chad, serta suami Ruby, Kevin, berkongsi kisah mereka secara mendalam di hadapan kamera. Dengan akses eksklusif kepada keluarga Franke, rakan-rakan, jiran, dan ribuan jam rakaman YouTube yang tidak pernah dilihat, "Devil in the Family: The Fall of Ruby Franke" melangkaui sensasi media sosial untuk membongkar kisah sebenar di sebalik kes Ruby Franke: sebuah tragedi keluarga, kisah pendewasaan dan amaran tentang bahaya kehidupan dalam talian.
- Tarikh Pelancaran:
- 2025
- Genre:
- Siri Dokumentari
- Klasifikasi:
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Episod 1: Kelimpahan
Jutaan menonton kandungan murni Ruby Franke. Namun, keluarga bahagia tak seperti yang disangka.
M1:Ep2 Episod 2: Herotan
Keluarga Franke pantas naik pangkat dalam organisasi terapi jurulatih kehidupan Jodi.
M1:Ep3 Episod 3: Kebenaran
Apabila keluarga Franke semakin terpencil, orang ramai cuba mencari tahu apa yang berlaku.