Masuki Dunia Pari-pari apabila kisah pari-pari paling terkenal Disney akhirnya didedahkan. Kembara ke Pixie Hollow semasa Tinker Bell dan empat rakan pari-pari terbaiknya mempelajari kuasa iman, kepercayaan dan debu pixie.
Tinker Bell
BUTIRAN
Kembara ke dunia rahsia Pixie Hollow dan dengar Tinker Bell bercakap buat kali pertama apabila kisah menakjubkan pari-pari paling terkenal Disney akhirnya didedahkan dalam filem TINKER BELL. Pernahkah anda terfikir bagaimana alam semula jadi mendapat serinya -- siapa yang memberikannya cahaya dan warna semasa musim silih berganti? Masuki alam pengembaraan dan misteri apabila Tinker Bell dan empat rakan pari-parinya yang terbaik mengubah musim sejuk menjadi musim bunga dan, dengan kuasa kepercayaan, keyakinan dan sedikit debu pari-pari, belajar tentang kepentingan menjadi jujur pada diri sendiri. Penuh dengan keseronokan dan imaginasi, kisah yang mempesonakan ini adalah sebuah perayaan untuk pari-pari yang dikasihi. Alami kisah menakjubkan ini yang pasti akan menggembirakan seluruh keluarga.
- Durasi:
- 1 j 24 m
- Tarikh Pelancaran:
- 2008
- Genre:
- Aksi dan Pengembaraan,
- Animasi,
- Fantasi
- Klasifikasi:
- Pengarah:
- Bradley Raymond
- Dibintangi:
- Mae Whitman
- Kristin Chenoweth
- Raven-Symoné
- Lucy Liu
- America Ferrera
- Jane Horrocks