Siri pertama arahan Javier Fesser ini mengisahkan Cris dan Diego. Mereka baru sahaja berpisah, namun berazam untuk kekal sebagai kawan. Tetapi keadaan menjadi rumit apabila mereka terpaksa berpindah semula ke rumah ibu bapa. Walaupun sudah berusia 40-an dan mempunyai anak perempuan, Cloe, mereka masih dilayan seperti budak-budak oleh ibu bapa sendiri.
Shared Custody
BUTIRAN
Siri pertama Javier Fesser mengisahkan Cris dan Diego yang baru berpisah. Sebagai pasangan moden, mereka mahu berpisah secara baik dan kekal berkawan. Namun, ia bukan mudah. Hidup ini sukar, apatah lagi perpisahan, terutamanya apabila mereka terpaksa pulang ke rumah ibu bapa kerana tidak mampu hidup sendiri. Datuk dan nenek mereka sedia membantu, tetapi mereka juga melayan Cris dan Diego seperti budak-budak dan suka masuk campur. Walaupun usia mereka sudah 40-an dan mempunyai anak perempuan, Cloe, si kecil berusia lima tahun ini pula bijak mengambil kesempatan apabila datuk dan neneknya asyik memanjakannya.
- Tarikh Pelancaran:
- 2025
- Genre:
- Drama,
- Komedi
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- Juanjo Moscardó Rius
- María Mínguez
- Dibintangi:
- Lorena López
- Ricard Farré
- Adriana Ozores
- Francesc Orella
- Aten Soria
- Fernando Sansegundo
EPISOD
M1:Ep1 Kawan-kawan
Cris dan Diego sedar, perpindahan "sementara" ke rumah ibu bapa mereka takkan sekejap pun.
M1:Ep2 Fatamorgana
Hubungan Diego dan Cris kian membaik. Kini mereka tertanya-tanya: adakah mereka silap berpisah?
M1:Ep3 Barbeku
Cris dan Diego ke parti hari jadi kawan, walaupun peguam menasihati mereka agar tidak bertemu.
M1:Ep4 Manjakan
Atuk dan nenek dah tak nak ikut peraturan! Dah tiba masanya untuk manjakan cucu perempuan mereka.
M1:Ep5 Keluar
Tanpa Cloe, Diego dan Cris kembali bebas. Jom berparti
M1:Ep6 Ngorat
Diego dan Cris keluar dengan orang lain, dan pada janji temu pertama, ketakutan mereka mula timbul.
M1:Ep7 Perjanjian
Diego dan Cris bertemu untuk menandatangani perjanjian perpisahan. Apa yang boleh silap?
M1:Ep8 Hari jadi
Cris dan Diego yang berbalah, masing-masing mahu anjurkan hari jadi Cloe.