Kembali ke terumbu karang Pandora yang mempesonakan untuk bab ketiga yang penuh imersif dalam kisah Jake Sully, bekas anggota Marin yang kini menjadi pemimpin Na’vi, bersama keluarganya. Masih meratapi kematian seorang ahli keluarga, keluarga Sully bertekad untuk menyelamatkan seorang lagi dengan bantuan Pedagang Bayu. Namun, misi tersebut terganggu apabila mereka diserang oleh Orang Abu, satu puak yang menyalahkan Eywa atas kemusnahan kampung halaman mereka.
Avatar: Fire and Ash
BUTIRAN
Kembali ke dunia Pandora yang menakjubkan menerusi “Avatar: Fire and Ash,” bab ketiga yang penuh imersif dalam kisah Jake Sully (Sam Worthington), bekas anggota Marin yang kini menjadi pemimpin Na’vi, Neytiri (Zoe Saldaña), pahlawan Na’vi yang gagah, serta keluarga Sully. Kini menetap bersama Suku Metkayina di terumbu karang Pandora yang mempesonakan, keluarga Sully masih bergelut dengan kesedihan akibat kehilangan seorang ahli keluarga di tangan RDA. Dalam usaha melindungi seorang lagi insan tersayang daripada bahaya, mereka memulakan satu perjalanan. Dengan bantuan Suku Tlalim yang cintakan keamanan, juga dikenali sebagai Pedagang Bayu yang belayar merentasi langit, perjalanan keluarga Sully tergendala apabila mereka diserang oleh anggota Suku Mangkwan, atau Orang Abu, yang menyalahkan Eywa atas kemusnahan kampung halaman mereka akibat letusan gunung berapi.
Urutan atau corak cahaya berkelip tertentu mungkin memberi kesan kepada penonton yang sensitif terhadap cahaya.
- Durasi:
- 3 j 20 m
- Tarikh Pelancaran:
- 2025
- Genre:
- Aksi dan Pengembaraan,
- Cereka Sains
- Klasifikasi:
- Pengarah:
- James Cameron
- Dibintangi:
- Sam Worthington
- Zoe Saldaña
- Sigourney Weaver
- Stephen Lang
- Oona Chaplin
- Cliff Curtis