Daripada pengarah Steven Spielberg dan penulis skrip Tony Kushner, saksikan WEST SIDE STORY. Adaptasi muzikal 1957 ini mengisahkan cinta terlarang dan persaingan sengit antara dua kumpulan samseng remaja dari etnik berbeza: Jets dan Sharks.
West Side Story
BUTIRAN
Diarahkan oleh pembikin filem legenda Steven Spielberg, dengan lakon layar oleh penulis skrip dan drama Tony Kushner, WEST SIDE STORY mengisahkan semula kisah klasik tentang permusuhan sengit dan cinta muda di Bandar Raya New York pada tahun 1957. Penceritaan semula untuk generasi baharu ini adalah berdasarkan muzikal yang disayangi ramai, karya asal Jerome Robbins, Leonard Bernstein, Stephen Sondheim dan Arthur Laurents.
Ansel Elgort membintangi watak Tony, bekas ahli geng jalanan Jets, dan Rachel Zegler sebagai María, seorang gadis yang abangnya ialah ketua geng saingan Jets, iaitu Sharks. Apabila Tony dan María bertemu, mereka jatuh cinta, tetapi orang di sekeliling mereka tidak merestui hubungan mereka. Ketika ketegangan kaum dan wilayah memuncak antara geng yang bersaing, pelbagai peristiwa berlaku yang mengancam kebahagiaan pasangan kekasih muda ini.
Selain lagu-lagu ikoniknya, filem ini menampilkan koreografi baharu yang menakjubkan daripada Justin Peck, dengan skor muzik yang diterajui oleh konduktor terkenal Los Angeles Philharmonic, Gustavo Dudamel dan digubah oleh komposer dan konduktor David Newman.
WEST SIDE STORY turut dibintangi oleh Ariana DeBose, David Alvarez, Mike Faist, Josh Andrés Rivera, Ana Isabelle, Corey Stoll, Brian d’Arcy James, dan Rita Moreno, yang pernah membintangi filem versi 1961 dan kini berkhidmat sebagai penerbit eksekutif. Pasukan kreatif filem ini turut disertai oleh Kushner sebagai penerbit eksekutif, bersama Daniel Lupi dan Adam Somner, dengan Kevin McCollum dan Kristie Macosko Krieger juga sebagai penerbit. Sebuah kisah cinta dan pergolakan sosial yang tak lapuk dek zaman, filem ini juga menampilkan sinematografi yang menakjubkan oleh Janusz Kaminski.
- Durasi:
- 2 j 39 m
- Tarikh Pelancaran:
- 2021
- Genre:
- Drama,
- Pendewasaan,
- Percintaan,
- Muzikal
- Klasifikasi:
- Pengarah:
- Steven Spielberg
- Dibintangi:
- Rachel Zegler
- Ansel Elgort
- Ariana DeBose
- David Alvarez
- Mike Faist
- Rita Moreno