Seorang duda dan bapa kepada tiga anak hampir muflis, sehinggalah dia mewarisi harta pusaka daripada bapa saudaranya. Namun, harta itu datang dengan satu syarat: keluarganya mesti menjaga Chueco, seekor cimpanzi dewasa yang menyimpan rahsia besar – dia boleh bercakap! Menyembunyikan perkara ini bukan mudah, kerana cimpanzi yang becok ini akan menghuru-harakan hidup mereka dengan pelbagai masalah.
C.H.U.E.C.O.
BUTIRAN
Juan Gustozzi, seorang bapa tunggal, tinggal bersama tiga anaknya dan Amanda, pembantu rumah yang dianggap seperti ibu. Kehidupan keluarga mereka yang di ambang muflis berubah apabila mereka mewarisi harta pusaka. Namun, ada satu syarat: mereka mesti menjaga Chueco, seekor cimpanzi dewasa, seperti ahli keluarga sendiri. Semua orang teruja untuk memelihara Chueco sehinggalah mereka mendapat tahu rahsia besarnya: dia boleh bercakap! Kini, seluruh keluarga perlu bersatu untuk menyimpan rahsia Chueco, manakala cimpanzi nakal ini sering membuat mereka pening kepala.
- Tarikh Pelancaran:
- 2023 – 2024
- Genre:
- Komedi
- Klasifikasi:
- Dibintangi:
- Darío Barassi
- Consuelo Duval
- Agustín Aristarán
- Santiago Torres
- Maryel Abrego
- Patricio Alvarado Loza
EPISOD
M2:Ep1 Chueco kembali
M2:Ep2 Sarang Chueco
Chueco berpindah ke bilik bawah tanah dan menghiasnya dengan barang orang lain, menyusahkan Juan.
M2:Ep3 Chueco Bintang Rock
Chueco mahu menjadi terkenal dan memutuskan untuk menjadi pemain dram baharu kugiran Delfina.
M2:Ep4 Monyet Holmes
Chueco, kini Simius Holmes, menyoal siasat keluarga untuk mengetahui siapa yang telah makan keknya.
M2:Ep5 Chueco dan Sepupu Juan
Chueco membuat Gustavo percaya dia sepupu Juan, dan Gustavo terus jatuh cinta dengan beruk itu.
M2:Ep6 Chueco Pengarang
Chueco bertukar menjadi pengarah filem yang cerewet dan egois, membuatkan keluarganya pening kepala.
M2:Ep7 Seorang Chueco Idaman
Keluarga Gustozzi mesti yakinkan Sofia yang Chueco tak bercakap dan dia hanya bermimpi.
M2:Ep8 Chueco dan harimau bintang
Apabila harimau bintang terlepas dari zoo, Chueco dan budak-budak merancang untuk menangkapnya.
M2:Ep9 Chueco di-Juan-kan
Akibat kemalangan aneh, Chueco dan Juan tertukar badan, lalu mencetuskan huru-hara yang dahsyat.
M2:Ep10 Chueco Evolusi
Chueco berevolusi menjadi manusia. Keluarga Gustozzi cuba mengembalikannya menjadi cimpanzi semula.
M2:Ep11 Chueco Re-Evolusi
Apabila Chueco membatalkan perkahwinannya, Juan dan Amanda terpaksa berdepan dengan sepupu Lola.
M2:Ep12 Chueco & Keluarga
Apabila Juan menerima tawaran kerja baharu, Chueco cuba mengelakkan perpecahan keluarga.