Meneroka persahabatan dan percintaan dari sudut moden, komedi NEW GIRL mengisahkan lima sahabat yang cuba mencari hala tuju dalam hidup.
New Girl
BUTIRAN
New Girl membawakan perspektif baharu tentang persahabatan. Selepas putus cinta, Jess Day (Zooey Deschanel) memerlukan tempat tinggal baharu. Pencarian dalam talian membawanya ke sebuah loteng hebat… dan tiga lelaki bujang yang tidak pernah ditemuinya. Nick (Jake Johnson) ialah bekas pelajar undang-undang yang kini menjadi pelayan bar, paling matang dan sinis. Schmidt (Max Greenfield) pula seorang profesional muda yang gigih dan bangga dengan otot perutnya. Winston (Lamorne Morris) ialah bekas atlet kompetitif yang hilang arah tuju. Turut serta ialah kawan baik Jess, Cece (Hannah Simone), seorang model dengan muka selamba yang kelakar. Mereka berlima sedar mereka saling memerlukan dan akhirnya membentuk sebuah keluarga yang pincang tetapi menawan – atau berfungsi dengan cara tersendiri.
- Tarikh Pelancaran:
- 2011 – 2018
- Genre:
- Komedi,
- Percintaan
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- Elizabeth Meriwether
- Pelakon:
- Zooey Deschanel
- Jake Johnson
- Max Greenfield
- Lamorne Morris
- Hannah Simone
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M7:Ep1 Tiga Tahun Kemudian
Perkahwinan, bayi dan pelbagai ragam.
M7:Ep2 Mesyuarat Selasa
Jess berinspirasi, Schmidt pula keletihan.
M7:Ep3 Daun Teratai
Schmidt minta Jess tolong Ruth bersiap untuk temu duga prasekolah.
M7:Ep4 Ke Mana Jalan Membawa
Geng ini memberi penghormatan buat kawan lama.
M7:Ep5 Ibu Bapa Baptis
Winston bertemu semula dengan ayahnya.
M7:Ep6 Mario
Jess dan Nick mempertimbangkan untuk menambah ahli keluarga.
M7:Ep7 Sumpahan Pengantin Lanun
Jess membuat keputusan besar.
M7:Ep8 Engram Pattersky
Geng ini mengimbau kenangan lalu dan bermain pusingan terakhir "True American".