The Patient
The Patient
18+
Perihal Audio
Sari Kata / Kapsyen Tertutup
2022 • 1 Musim
Drama, Ngeri

Filem debaran psikologi tentang ahli terapi, Alan Strauss, yang ditawan oleh pesakitnya, Sam Fortner, yang mendedahkan dirinya sebagai pembunuh bersiri. Sam mempunyai permintaan terapi yang luar biasa untuk Alan: kawal keinginan membunuhnya.

The Patient

BUTIRAN


"The Patient" ialah siri debaran psikologi tentang ahli terapi, Alan Strauss, yang ditawan oleh pesakitnya, Sam Fortner, yang rupa-rupanya seorang pembunuh bersiri. Sam mempunyai permintaan terapi yang luar biasa untuk Alan: kekang keinginan membunuhnya. Untuk terus hidup, Alan mesti merungkai fikiran Sam yang terganggu dan menghalangnya daripada membunuh lagi, tetapi Sam enggan menyentuh topik penting seperti ibunya, Candace. Sendirian dalam kurungan, Alan menyingkap masa lalunya melalui ingatan tentang ahli terapinya, Charlie, dan bergelut dengan masalah peribadinya yang terpendam – kematian isterinya, Beth, dan kerenggangan hubungan dengan anak lelakinya, Ezra. Sepanjang tempoh kurungannya, Alan bukan sahaja menyedari betapa parahnya ketagihan Sam, tetapi juga betapa banyak yang perlu dia lakukan untuk memulihkan keretakan dalam keluarganya sendiri. Masa semakin suntuk, Alan berjuang mati-matian untuk menghentikan Sam sebelum dia bersubahat dalam jenayahnya, atau lebih teruk lagi, menjadi mangsa seterusnya.

Tarikh Pelancaran:
2022
Genre:
Drama,
Ngeri
Klasifikasi:
18+
Pelakon:
Steve Carell
Domhnall Gleeson
David Alan Grier
Linda Emond
Laura Niemi
Andrew Leeds
Kategori:
Siri

EPISOD


  • thumbnail - M1:Ep1 Pengambilan

    M1:Ep1 Pengambilan

    Dr. Alan Strauss, seorang ahli terapi yang berkabung, mengambil klien baharu yang penuh misteri.

  • thumbnail - M1:Ep2 Alan Belajar Bermeditasi

    M1:Ep2 Alan Belajar Bermeditasi

    Sam mendalami sebab dia memulakan terapi, tetapi mendapat tentangan daripada Dr. Strauss.

  • thumbnail - M1:Ep3 Masalah

    M1:Ep3 Masalah

    Hasrat Sam untuk mencari penawar semakin kuat seiring pergolakan batinnya.

  • thumbnail - M1:Ep4 Syarikat

    M1:Ep4 Syarikat

    Kepercayaan antara pesakit dan doktor diuji, dengan nyawa menjadi taruhan.

  • thumbnail - M1:Ep5 Pastitsio

    M1:Ep5 Pastitsio

    Sam menghubungi seorang wanita dari masa lalunya. Ujian getir menanti Dr. Strauss, Sam dan Elias.

  • thumbnail - M1:Ep6 Charlie

    M1:Ep6 Charlie

    Dr. Strauss bergelut dengan realiti yang dihadapinya.

  • thumbnail - M1:Ep7 Kaddish

    M1:Ep7 Kaddish

    Dr. Strauss dan Sam sama-sama mencari hubungan baharu demi ketenangan yang sukar ditemui.

  • thumbnail - M1:Ep8 Ezra

    M1:Ep8 Ezra

    Dr. Strauss mengakui kegagalannya. Sam hilang kepercayaan terhadap doktornya.

  • thumbnail - M1:Ep9 Auschwitz

    M1:Ep9 Auschwitz

    Dr. Strauss meluahkan segalanya. Sam mencuba sekali lagi dengan Mary.

  • thumbnail - M1:Ep10 Suami Sang Cantor

    M1:Ep10 Suami Sang Cantor

    Keputusan tak dijangka Sam menunjukkan kemajuan, tapi Dr. Strauss menuntut lebih lagi.

Anda Juga Mungkin Suka

  • thumbnail - Fresh
  • thumbnail - Dopesick
  • thumbnail - The Dropout
  • thumbnail - Wild Crime
  • thumbnail - Captive Audience: A Real American Horror Story
  • thumbnail - Criminal Minds
  • thumbnail - Candy
  • thumbnail - Under the Banner of Heaven