Dalam kisah cinta abadi berlatarkan Seoul pada tahun 1987, mahasiswi Yeong-ro merawat Soo-ho, seorang pelajar universiti berprestij yang berlumuran darah dan berlindung di asramanya.
Snowdrop
BUTIRAN
Pada tahun 1987, Soo-ho yang berlumuran darah menceroboh masuk ke asrama universiti wanita di Seoul. Yeong-ro, seorang pelajar yang jatuh cinta pandang pertama padanya, menyembunyikan dan merawat lukanya walaupun asrama mereka diawasi dengan ketat. Apabila rahsia Soo-ho mula terbongkar, dia terperangkap dalam dilema. Dia harus memilih antara cintanya pada Yeong-ro dengan tanggungjawabnya terhadap rakan seperjuangan dan keluarga yang menanti di tanah air. Apakah kesudahan takdir mereka?
- Tarikh Pelancaran:
- 2021
- Genre:
- Percintaan,
- Drama Lipur Lara
- Klasifikasi:
- Dibintangi:
- Jung Hae-in
- Jisoo
- Yoo In-na
- Jang Seung-jo
- Yoon Se-a
- Kim Hye-yoon
EPISOD
M1:Ep1 Episod 1
Pertemuan Yeong-ro dan Soo-ho dalam janji temu buta berkumpulan memutikkan cinta.
M1:Ep2 Episod 2
Yeong-ro dan para pelajar menemui Soo-ho yang cedera, seorang buruan pihak berkuasa.
M1:Ep3 Episod 3
Yeong-ro merawat Soo-ho yang cedera dan mencari cara untuk menyeludupnya keluar dari asrama.
M1:Ep4 Episod 4
Lee Gang-mu menjejaki keberadaan Soo-ho.
M1:Ep5 Episod 5
Soo-ho berunding dengan Ketua Keselamatan Negara untuk melepaskan diri bersama rakan-rakannya.
M1:Ep6 Episod 6
Soo-ho terus menahan pelajar sebagai tebusan, tidak mempedulikan Yeong-ro yang berasa dikhianati.
M1:Ep7 Episod 7
Takdir Soo-ho dan Yeong-ro terjalin dalam pergelutan sengit yang penuh tipu muslihat.
M1:Ep8 Episod 8
Hati Soo-ho luluh demi Yeong-ro apabila krisis tebusan menjadi berita nasional.
M1:Ep9 Episod 9
Yeong-ro hilang kepercayaan pada Soo-ho dan merancang pelarian bersama Lee Gang-mu.
M1:Ep10 Episod 10
Hannah berusaha membongkar rahsia di sebalik krisis tebusan.
M1:Ep11 Episod 11
Apabila kebenaran krisis tebusan terbongkar, Soo-ho berusaha mendapatkan semula kepercayaan.
M1:Ep12 Episod 12
Soo-ho dan Yeong-ro saling bergantung harap apabila tiada sesiapa yang boleh dipercayai.
M1:Ep13 Episod 13
Para pelajar keliru tentang pihak mana untuk dipercayai dalam operasi Agensi Keselamatan Negara.
M1:Ep14 Episod 14
Hati Soo-ho hancur melihat Yeong-ro menderita kerana berita buruk.
M1:Ep15 Episod 15
Soo-ho terpaksa menerima cadangan ketua Agensi Keselamatan Negara.
M1:Ep16 Episod 16
Soo-ho di persimpangan takdir.