Kehidupan di sepanjang khatulistiwa sangat pelbagai. Lebih separuh daripada spesies dunia hidup di sini. Tropic Thunder ialah siri arkib 6 bahagian tentang ekosistem Khatulistiwa yang paling liar dan pelbagai - Amazon, Andes, Kepulauan Galapagos, Borneo dan Sumatera, Afrika, dan Laut Karang.
Equator's Wild Secrets
BUTIRAN
Kehidupan di sepanjang khatulistiwa sangat pelbagai. Lebih separuh daripada spesies dunia hidup di sini. Tropic Thunder ialah siri arkib 6 bahagian tentang ekosistem Khatulistiwa yang paling liar dan pelbagai – Amazon, Andes, Kepulauan Galapagos, Borneo dan Sumatera, Afrika serta Laut Karang. Siri ini menampilkan pelbagai haiwan eksotik dalam habitat yang merangkumi hutan hujan yang lembap dan padang rumput yang luas kepada gunung-ganang bersalji dan terumbu karang yang hebat. Walaupun makanan mudah didapati, persaingan sengit masih menjadi sebahagian daripada kehidupan harian di khatulistiwa. Arus deras dan angin dagang juga mendorong haiwan untuk menyesuaikan diri dan berkelakuan dengan cara yang tidak dilihat di kawasan hidupan liar yang lain. Selamat datang ke hutan, gunung, savana dan terumbu karang yang kaya – semuanya sebahagian daripada kawasan tumpuan terhebat di Khatulistiwa.
- Tarikh Pelancaran:
- 2019
- Genre:
- Haiwan & Alam Semula Jadi,
- Siri Dokumentari
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Stefan Booth
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Galapagos
Ini kisah 2 dunia dan cara haiwan Galapagos menyesuaikan diri dan berkembang maju.
M1:Ep2 Borneo dan Sumatera
Dua buah pulau menjadi benteng terakhir hutan hujan Asia Tenggara.
M1:Ep3 Afrika
Garisan Khatulistiwa merentasi benua Afrika yang agung sejauh dua ribu lima ratus batu.
M1:Ep4 Kerajaan Karang
Di terumbu karang Asia Pasifik yang indah, kelangsungan hidup bergantung pada satu sama lain.
M1:Ep5 Makhluk Rahsia Andes
Rantau khatulistiwa Andes mempunyai adaptasi unik yang tidak dilihat di tempat lain di Bumi.
M1:Ep6 Amazon: Banjir Besar
Amazonia mengalami perubahan dari musim kering ke musim basah, siapa yang mati, siapa yang hidup.