Dalam "Freakier Friday", sekuel kepada "Freaky Friday" (2003), Jamie Lee Curtis dan Lindsay Lohan kembali sebagai Tess dan Anna Coleman. Bertahun-tahun selepas krisis pertukaran badan mereka, Anna kini mempunyai anak perempuan sendiri dan bakal anak tiri. Semasa mereka mengharungi cabaran menyatukan dua keluarga, Tess dan Anna mendapati bahawa kejadian aneh yang pernah menimpa mereka mungkin berulang kembali.
Freakier Friday
BUTIRAN
Jamie Lee Curtis dan Lindsay Lohan kembali sebagai Tess dan Anna Coleman dalam "Freakier Friday", sekuel filem kegemaran 2003 dengan sentuhan pelbagai generasi. Bertahun-tahun selepas krisis identiti mereka, Anna kini mempunyai anak perempuan dan bakal anak tiri. Dalam kekalutan menyatukan dua keluarga, Tess dan Anna mendapati pisang mungkin berbuah dua kali. Filem arahan Nisha Ganatra ini diterbitkan oleh Kristin Burr, Andrew Gunn dan Jamie Lee Curtis, dengan Lindsay Lohan sebagai penerbit eksekutif. Turut kembali ialah barisan pelakon asal seperti Mark Harmon, Chad Michael Murray, Christina Vidal Mitchell, Haley Hudson, Lucille Soong, Stephen Tobolowsky dan Rosalind Chao. Mereka disertai oleh Julia Butters, Sophia Hammons, Manny Jacinto dan Maitreyi Ramakrishnan.
Sesetengah babak atau corak cahaya berkelip mungkin menjejaskan penonton yang fotosensitif.
- Durasi:
- 1 j 52 m
- Tarikh Pelancaran:
- 2025
- Genre:
- Komedi,
- Fantasi
- Klasifikasi:
- Pengarah:
- Nisha Ganatra
- Dibintangi:
- Jamie Lee Curtis
- Lindsay Lohan
- Mark Harmon
- Chad Michael Murray
- Julia Butters
- Sophia Hammons