Santai dan bertenang dengan menikmati bunyi Animasi Disney Zenimation yang bakal menyegarkan perasaan. Sama ada Raya dan Sisu dibasahi hujan, si kecil Moana diseru lautan atau Baymax dan Beast bertukar menjadi manusia, babak-babak terkenal ini menjadi pengalaman bunyi yang menakjubkan.
Zenimation
BUTIRAN
Zenimation ialah sebuah siri yang memaparkan pengalaman bunyi bersama babak-babak terkenal daripada filem-filem Walt Disney Animation Studios, kembali lagi untuk musim baharu. Nikmati detik daripada filem-filem terkemuka sepanjang lapan dekad, termasuk babak daripada filem animasi pertama Disney iaitu Snow White and the Seven Dwarfs dan juga babak yang belum pernah ditayang daripada Raya and the Last Dragon. Santai dan bertenang dengan menikmati bunyi Animasi Disney Zenimation yang bakal menyegarkan perasaan. Ia juga merupakan satu penghormatan kepada seniman yang telah menghasilkan filem-filem terkenal Disney Animation. Dihasilkan dan disunting oleh David Bess. Diterbitkan oleh Amy Astley. Daripada Walt Disney Animation Studios.
- Tarikh Pelancaran:
- 2020 – 2021
- Genre:
- Antologi,
- Animasi
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- David Bess
EPISOD
M2:Ep1 Hujan
Alami hujan dengan Simba, Bambi dan babak yang belum pernah ditayang dari Raya and the Last Dragon.
M2:Ep2 Keselesaan Harian
Nikmati keselesaan harian, dari pagi hingga malam, bersama Tiana, Anna dan Dumbo.
M2:Ep3 Keindahan Alam Semula Jadi
Keindahan alam semula jadi dilihat melalui mata Pocahontas, Mufasa, Alice dan lain-lain.
M2:Ep4 Transformasi
Saksikan kuasa transformasi dengan Pinocchio, Kida, Beast dan Te Fiti.
M2:Ep5 Jalan Air
Nikmati jalan air yang indah di Kumandra, Gunung Olympus, Motunui dan Atlantis.
M2:Ep6 Keprihatinan
Keprihatinan sifat yang mulia seperti yang dimiliki oleh Moana, Baymax, Aladdin dan Vanellope.
M2:Ep7 Pemandangan Salji
Nikmati keamanan dan ketenangan hari-hari salji bersama Bambi, Thumper, Tigger dan Rabbit.
M2:Ep8 Tempat Peristiwa
Arendelle, Paris, Kumandra, New Orleans, dari hutan belantara ke istana agung.
M2:Ep9 Perjalanan Lengkap – Semua Episod
Nikmati edisi panjang Zenimation Musim 2 ini.