Apabila keluarganya diserang sihir hitam yang dahsyat, seorang wanita moden yang rasional terpaksa mengetepikan logik dan membongkar sejarah hitam keluarganya demi menyelamatkan nyawa mereka.
Teluh Darah
BUTIRAN
Jakarta, 2018. Wulan ialah wanita milenial idaman. Cantik, bijak, dengan kerjaya cerah di sebuah firma pelaburan ternama. Hidup Wulan bertukar kelam apabila keluarganya mula diganggu rentetan peristiwa ganjil. Bangkai musang ditemui di dalam rumah, berenga mula muncul, dan gumpalan rambut misteri menyumbat saliran. Semua ini menyebabkan Ahmad jatuh sakit. Selepas memuntahkan paku berdarah dan ribuan lalat, ketua keluarga itu menemui ajal yang dahsyat di hadapan isteri dan anak-anaknya. Pada masa yang sama di Bogor, seorang pemuda bernama Esa turut menyaksikan kematian ayahnya, Bondan, yang sama tragis. Disatukan oleh nasib yang sama, Wulan dan Esa bekerjasama untuk menyiasat punca di sebalik kematian ayah mereka.
- Tarikh Pelancaran:
- 2023
- Genre:
- Seram,
- Ngeri
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- Kimo Stamboel
- Pelakon:
- Deva Mahenra
- Mikha Tambayong
- Lukman Sardi
- Imelda Therinne
- Justin Adi Winata
- Hingka Moedra
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Bungkusan
Letupan pada tengah malam memulakan peristiwa yang akan mengubah kehidupan Wulan dan keluarganya.
M1:Ep2 Ulang Tahun Berdarah
Kengerian yang dialami Encik Ahmad semakin teruk.
M1:Ep3 Pembalasan
Wulan mesti berpacu dengan masa demi menyelamatkan nyawa ayahnya.
M1:Ep4 Tanda-tanda
Apabila Wulan dan Esa bergabung, sumpahan itu menemui mangsa baharu.
M1:Ep5 Tetamu Tidak Diundang
Wulan akhirnya membenarkan Reno dan Encik Harna membantunya.
M1:Ep6 Bunga Layu
Ketika keganasan yang melanda Puan Astuti semakin meruncing, sosok misteri masa lalu muncul.
M1:Ep7 Identiti Ganda
Identiti penghantar sumpahan terbongkar berkat siasatan Wisnu.
M1:Ep8 Perhitungan
Wulan, Esa, Wisnu dan Ridho bergabung untuk mencari Harun.
M1:Ep9 Sumber
Demi menyelamatkan Wisnu, Wulan dan Esa bertolak ke Banyuwangi. Musuh yang kejam menanti di sana.
M1:Ep10 Hutang Darah
Pertembungan akhir Wulan dan Esa dengan bomoh ilmu hitam membongkar sebuah rahsia gelap.