Masa kian suntuk. Kurang setahun sebelum tayangan perdana dunia Frozen 2, pasukan kreatif membuka pintu studio mereka. Siri 6 bahagian ini mendedahkan rahsia di sebalik pembikinan filem animasi #1 sepanjang zaman. Buat julung kalinya, kamera merakam segala cabaran dan kejayaan, kesenian serta kerumitan dalam menghasilkan sebuah filem Walt Disney Animation Studios.
Into the Unknown: Making Frozen II
BUTIRAN
Masa semakin suntuk dengan kurang setahun sebelum tayangan perdana dunia Frozen 2. Para pembikin filem, artis, penulis lagu dan pelakon membuka pintu mereka kepada kamera untuk siri dokumentari enam bahagian yang mendedahkan curahan usaha, jiwa dan kerjasama di sebalik salah satu filem paling dinanti-nantikan dalam sejarah hampir seabad Walt Disney Animation Studios. Buat pertama kalinya, kamera merakamkan pandangan yang membuka mata dan mengagumkan tentang cabaran, kejayaan, kesenian, kreativiti serta kerumitan dalam mencipta filem animasi #1 sepanjang zaman. Ikuti pengarah/penulis/ketua pegawai kreatif Jennifer Lee, pengarah Chris Buck, penerbit Peter Del Vecho, penulis lagu Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez, pelakon Kristen Bell ("Anna"), Idina Menzel ("Elsa"), Josh Gad ("Olaf"), Jonathan Groff ("Kristoff"), Sterling K. Brown ("Leftenan Mattias"), Evan Rachel Wood ("Iduna") serta para artis dan juruteknik berbakat Disney Animation. Saksikan mereka berhempas pulas mengejar masa untuk menyiapkan filem, sambil mengharungi detik-detik kejayaan kreatif dan juga kekecewaan. Diterbitkan oleh Lincoln Square Productions dan Walt Disney Animation Studios.
- Tarikh Pelancaran:
- 2020
- Genre:
- Siri Dokumentari
- Klasifikasi:
- Dibintangi:
- Kristen Bell
- Idina Menzel
- Josh Gad
- Jonathan Groff
- Jennifer Lee
- Chris Buck
EPISOD
M1:Ep1 Setahun ke Premiere
Dengan 11 bulan lagi, tekanan memuncak bagi pembikin filem, kru dan pelakon Frozen 2.
M1:Ep2 Kembali ke Permulaan
Lagu Kristoff, "Lost in the Woods," berjaya disiapkan, namun "Show Yourself" masih menjadi cabaran.
M1:Ep3 Perjalanan ke Ahtohallan
Kristen Bell dan Chris Buck berkongsi maksud mendalam di sebalik lagu Anna, "The Next Right Thing".
M1:Ep4 Perubahan Besar
Kerana kesuntukan masa, Frozen 2 ditayangkan dalam bentuk kasar kepada penonton untuk maklum balas.
M1:Ep5 Perlumbaan ke Penamat
Pelakon & pengarah kongsi babak & lagu di Ekspo D23, sambil artis cipta transformasi gaun Elsa.
M1:Ep6 Dunia Menanti
Produksi berakhir, kru meraikannya bersama, & filem ditayangkan perdana ke seluruh dunia.