Empat ibu. Empat misi penyamaran. Demi menyelamatkan anak mereka dan menuntut keadilan, mereka berdepan dengan pembunuhan, penculikan, rasuah dan bunuh diri beramai-ramai.
Mother Undercover
BUTIRAN
Siri baharu Mother Undercover membawakan empat ibu, empat misi rahsia dalam empat episod. Apabila keadilan untuk anak mereka seakan mustahil, ibu-ibu ini nekad bertindak sendiri. Mereka sanggup hidup dua alam dan melancarkan operasi sulit demi menyelamatkan anak-anak dan menuntut keadilan dalam kes pembunuhan, penculikan antarabangsa, rasuah dan bunuh diri beramai-ramai. Mereka bukan mangsa, tetapi wira. Inilah kisah benar ibu-ibu biasa dalam misi luar biasa.
- Tarikh Pelancaran:
- 2023
- Genre:
- Siri Dokumentari
EPISOD
M1:Ep1 Ibu Lawan Pembunuh
Seorang ibu bangkit menentang ahli geng ganas selepas anaknya ditembak mati dengan kejam.
M1:Ep2 Ibu Lawan Penculik
Ibu menyamar Tiffany menyelamatkan anaknya yang diculik bapanya, yang bersembunyi 7000 batu jauhnya.
M1:Ep3 Ibu Lawan Rasuah
Dalam misi rahsia, ibu Frieda membongkar hakim korup demi mendapatkan semula anak-anaknya.
M1:Ep4 Ibu Lawan Kultus
Seorang ibu terdesak hidup dua alam demi menyelamatkan anaknya daripada bunuh diri beramai-ramai.