Goofy kembali dalam tiga filem animasi pendek baharu dilukis tangan yang memberi petua dan wawasan lucu tentang “Cara Untuk Tinggal di Rumah” dan memperoleh kemahiran memakai pelitup muka, cara memasak dan menonton tanpa henti. Pengarahnya ialah Eric Goldberg (“Aladdin,” “Pocahontas,” “Fantasia/2000"), pengarah/juruanimasi Disney terkenal.
Presents Goofy in How to Stay at Home
BUTIRAN
Goofy kembali dalam tiga filem animasi pendek baharu dilukis tangan yang memberi wawasan lucu tentang “Cara Untuk Tinggal di Rumah” dengan tajuk-tajuk seperti: memperoleh kemahiran “Memakai Pelitup Muka,” “Belajar Memasak” dan “Menonton Tanpa Henti.” Seperti dunia pada umumnya, Goofy – watak Disney disayangi ramai ini yang cemerkap dan berkarisma telah menghibur dan “mendidik” para penonton sejak penampilan sulung di skrin pada tahun 1932 dalam filem pendek solo pertamanya, “Goofy dan Wilbur” (1939), sebuah siri filem “nasihat” pendek yang popular pada tahun 40-an menjadi kerjaya menyerlah termasuk “A Goofy Movie” (1995) dan filem pendek 2007, “Cara Memasang Teater Rumah Anda” – telah menghabiskan masa satu tahun setengah ini di rumah. Sudah semestinya juruanimasi pakar/pengarah terkenal Eric Goldberg (“Aladdin,” “Pocahontas,” “Fantasia/2000,” “Moana”) merasakan Goofy boleh memberi didikan baik dalam “Cara Untuk Tinggal di rumah” dan menunjukkan cara untuk menghadapi keadaan mencabar era ini dengan sebaik-baiknya. Goldberg mengarah ketiga-tiga filem dalam siri ini dan juga penyelia juruanimasi bagi “Cara Memakai Pelitup Muka.” Menyertainya ialah rakan veteran Disney/penyelia juruanimasi Mark Henn (“Menonton Tanpa Henti”) dan Randy Haycock (“Belajar Memasak”). Siri “Studio Animasi Walt Disney Mempersembahkan Goofy dalam Cara Untuk Tinggal di Rumah” diterbitkan oleh veteran Animasi Disney/pemenang Anugerah Emmy Dorothy McKim (“Meet the Robinsons,” the “Prep & Landing”, rancangan istimewa television dan filem pendek yang menjadi calon Anugerah Oscar® “Get a Horse!”). Bill Farmer, suara Goofy sejak 1987, memberi suara yang biasa didengar untuk watak itu dan pelakon serba boleh, Corey Burton ialah pengisahnya.
- Tarikh Pelancaran:
- 2021
- Genre:
- Komedi,
- Animasi
- Klasifikasi:
- Dibintangi:
- Bill Farmer
- Corey Burton
EPISOD
M1:Ep1 Cara Memakai Pelitup Muka
Goofy menunjukkan seni halus memakai pelitup muka semasa bersedia keluar rumah.
M1:Ep2 Belajar Memasak
Petua untuk komedi dan bencana ketika Goofy meluangkan masanya di rumah untuk belajar memasak.
M1:Ep3 Menonton Tanpa Henti
Goofy menjenguk kepala untuk membuktikan betapa langsingnya dia dalam bab menonton tanpa henti.
M1:Ep4 Permainan Panjang: Cara Untuk Tinggal di Rumah
Goofy kembali dalam tiga filem animasi pendek yang dilukis tangan dari Studio Animasi Walt Disney.