Apabila The Cheetah Girls terpilih untuk membintangi sebuah muzikal Bollywood, mereka menyangka ia peluang keemasan. Namun, mereka sedar perlu bersaing sesama sendiri untuk watak utama. Mampukah mereka mengejar impian peribadi tanpa berpecah sebagai The Cheetah Girls?
The Cheetah Girls: One World
BUTIRAN
Selepas menggegarkan A.S. dan menawan Sepanyol, kini mereka ke India untuk pengembaraan terhebat dalam filem hit Disney Channel Original Movie The Cheetah Girls One World. Apabila kumpulan Cheetah Girls yang bergaya ini ditawarkan watak dalam sebuah muzikal Bollywood, mereka bersedia untuk mempamerkan gerak tari hebat dan potensi bintang filem mereka kepada dunia. Inilah peluang keemasan mereka! Namun, apabila Chanel (Adrienne Bailon), Aqua (Kiely Williams) dan Dorinda (Sabrina Bryan) mendapat tahu mereka perlu bersaing sesama sendiri untuk watak utama, persahabatan dan kumpulan mereka kini di ambang perpecahan. Dapatkah mereka mencapai impian masing-masing dan pada masa yang sama kekal sebagai The Cheetah Girls? Saksikan pengembaraan mereka ke seberang dunia demi mengejar impian Bollywood
- Durasi:
- 1 j 25 m
- Tarikh Pelancaran:
- 2008
- Genre:
- Pendewasaan,
- Komedi,
- Muzik
- Klasifikasi:
- Pengarah:
- Paul Hoen
- Dibintangi:
- Adrienne Bailon
- Sabrina Bryan
- Kiely Williams
- Roshan Seth
- Michael Steger
- Kunal Sharma