Apabila Dragaunus yang jahat menakluki Puckworld, sekumpulan itik pencinta hoki bangkit menentang. Dalam pertempuran, mereka terperangkap dalam portal dimensi lalu terkandas di Bumi. Mereka menubuhkan pasukan hoki (The Mighty Ducks) dan membina pangkalan rahsia untuk melindungi Bumi daripada Dragaunus sambil mencari jalan pulang.
Mighty Ducks
BUTIRAN
Puckworld ialah kediaman bangsa itik humanoid yang gilakan hoki. Apabila Dragaunus yang jahat menakluki planet itu, sekumpulan pemberontak, The Mighty Ducks, berjaya menghalaunya. Namun, mereka terperangkap dalam portal dimensi dan terkandas di Anaheim. The Ducks menubuhkan pasukan hoki dan membina pangkalan rahsia di bawah Anaheim Pond. Mereka mesti terus menentang Dragaunus dan mencari jalan pulang.
- Tarikh Pelancaran:
- 1996
- Genre:
- Aksi dan Pengembaraan,
- Komedi,
- Animasi,
- Sukan
- Klasifikasi:
- Dibintangi:
- James Belushi
- Jeff Bennett
- Clancy Brown
- Tim Curry
- Roy Firestone
- Dennis Franz
EPISOD
M1:Ep1 Pertembungan Pertama Bahagian Satu
Pengurus Phil mendedahkan cara Mighty Ducks tiba di Anaheim dari dimensi lain.
M1:Ep2 Persemukaan Pertama Bahagian Dua
Mighty Ducks menubuhkan pasukan hoki dan markas rahsia untuk mencari Dragaunus dan jalan pulang.
M1:Ep3 Pengkhianat Di Kalangan Kita
Dragaunus menghantar perisik untuk memperdaya Ducks agar mengambil cip litar untuk senjatanya.
M1:Ep4 Serangan Kilat
Ducks menentang makhluk tenaga dengan bantuan rakan saintis Tanya.
M1:Ep5 Phil Tempat Kosong
Phil yang dipukau menghantar Ducks ke pelbagai perangkap, manakala Dragaunus mencuri roket.
M1:Ep6 Permainan Kuasa
Ducks menentang pemain hoki jelmaan raksasa, membongkar kisah silam Grin dan menguji prinsipnya.
M1:Ep7 Dungeon dan Itik
The Mighty Ducks tercampak ke dimensi lain yang dikuasai oleh magis.
M1:Ep8 Bawa Saya Ke Pemimpinmu
Tanpa Wildwing, setiap ahli Ducks cuba memakai Topeng dan memimpin pasukan.
M1:Ep9 Faktor Manusia
Kejadian aneh mula berlaku apabila Mighty Ducks terkandas di sebuah pekan kecil.
M1:Ep10 Paruh ke Masa Depan
The Mighty Ducks tercampak ke masa depan di mana Dragaunus telah menakluki planet
M1:Ep11 Mikro-itik
Nosedive, Tanya dan Grin terkena sinar pengecil semasa bertarung dengan Dr. Droid dan robotnya.
M1:Ep12 Paruh Lawan B.R.A.W.N.
Dragaunus memprogram semula pemburu upahan robot untuk menyerang Mighty Ducks.
M1:Ep13 Puk Jurasik
Dragaunus menghidupkan semula dinosaur dan cuba meletuskan gunung berapi di tengah Anaheim.
M1:Ep14 Kembalinya Dr. Droid
Dr. Droid kembali dengan superkomputer yang boleh mengawal setiap mesin di bandar.
M1:Ep15 Mondo-Man
Dragaunus merekrut adiwira baharu untuk memerangi Mighty Ducks.
M1:Ep16 Fiksyen Pak
Bila The Ducks diperangkap, Nosedive dan Grin menyamar jadi mafia untuk bersihkan nama mereka.
M1:Ep17 Rali Raksasa
The Ducks mesti hentikan Daddy O'Cool, si pengubah suai kereta mutan yang mahukan Migrator.
M1:Ep18 Buzz Blitsman, Itik Perkasa
Mighty Ducks terpaksa melindungi seorang peminat yang menjengkelkan daripada Dragaunus.
M1:Ep19 Penangan Si Bayi
Apabila telur dari angkasa menetas, bayi makhluk asing itu memutuskan Nosedive ialah ayahnya.
M1:Ep20 Kuek Gila Melangkaui Hokidom
Pasukan Ducks terpaksa menentang makhluk asing dalam permainan hoki angkasa yang membawa maut.
M1:Ep21 Perhitungan Akhir
Dragaunus menangkap Wildwing demi topengnya untuk mencari Atlantis.
M1:Ep22 Ketibaan Itik Berais
Dua makhluk asing berdarah sejuk tiba di Bumi dan menggunakan mesin cuaca untuk membekukan Anaheim.
M1:Ep23 Pemburuan Itik Paling Berbahaya
Terkandas di pulaunya, Geng Duck kini menjadi buruan seorang baron gila.
M1:Ep24 Kembalinya Asteroth
Ahli sihir durjana Asteroth menceroboh dimensi kita dengan bala tentera makhluk ajaibnya.