Pasukan perubatan kecemasan Tokyo MER bergegas ke lokasi kemalangan, bencana dan insiden. Berani dan bersemangat waja, misi mereka hanya satu: "Tiada kematian".
Tokyo Mer
BUTIRAN
Dibintangi Ryohei Suzuki, Ayammi Nakajo dan Kento Kaku, Tokyo MER mengikuti sebuah pasukan perubatan kecemasan yang terjun ke lokasi kemalangan ngeri, bencana dan pelbagai insiden. Misi tunggal mereka yang berani ini hanya satu: "Tiada kematian". Ketua pasukan, Kota Kitami, berpegang pada prinsip bahawa ada nyawa yang perlu diselamatkan segera. Saksikan aksi luar biasa mereka menangani kemalangan kenderaan, bangunan runtuh, dan melakukan pembedahan berisiko tinggi dengan peralatan canggih. Siri ini memberi harapan kepada penonton dan sebagai penghormatan kepada wira perubatan yang masih berjuang menentang koronavirus.
- Tarikh Pelancaran:
- 2021
- Genre:
- Drama,
- Perubatan
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- Masanao Takahashi
- Pelakon:
- Ryohei Suzuki
- Kento Kaku
- Ayami Nakajo
- Jun Kaname
- Riisa Naka
- Yuriko Ishida
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Sesetengah Nyawa Tidak Sabar untuk Diselamatkan
Tokyo MER ialah perkhidmatan perubatan kecemasan yang diterajui oleh Kota Kitami.
M1:Ep2 Seorang Pelatih Muda dan Beban Kehidupan
Kesilapan besar Hina (Ayami Nakajo) nyaris meragut nyawa seorang pesakit.
M1:Ep3 Situasi Tebusan... Selamatkan Gadis Tawanan
Seorang penjenayah berbahaya menjadikan seorang gadis sakit tenat sebagai tebusan.
M1:Ep4 Terowong Runtuh! Pemindahan Organ dan Kiraan Detik Nyawa
Seorang doktor terperangkap dalam terowong yang runtuh semasa membawa jantung untuk pemindahan.
M1:Ep5 Ibu Hamil Dijilat Api! Menyelamatkan Ibu dan Anak dari Kebakaran
Lif yang dinaiki Naoto Otowa dan Yugen Amanuma tiba-tiba berhenti akibat kebakaran.
M1:Ep6 Kanak-kanak Sekolah Hilang di Gunung... Menyelamatkan Ikatan Keluarga
Lapan belas murid sekolah rendah hilang secara misteri di pergunungan.
M1:Ep7 Polis Musuh Baharu
MER dikerahkan apabila pekerja asing beramai-ramai mengadu tentang simptom misteri.
M1:Ep8 Kisah Silam Terlarang Terbongkar: Penghujung Sebuah Pakatan
Bekalan elektrik terputus di sebuah hospital, mengakibatkan semua peranti perubatan terhenti.
M1:Ep9 Insiden di Kedutaan
Satu insiden keracunan karbon dioksida melanda sebuah kedutaan asing.
M1:Ep10 Bab Akhir Bahagian 1
Satu letupan menggegarkan sebuah universiti.
M1:Ep11 Bab Akhir Bahagian 2: Wira Lenyap dalam Legenda...Pertempuran Terakhir MER
Kota Kitami mengumumkan dia akan keluar dari Tokyo MER.