Ikuti kisah suka duka Penny, seorang gadis remaja Afrika Amerika yang menempuh alam remaja. Setiap pertemuannya pasti bertukar menjadi situasi luar biasa yang penuh dengan gelagat lucu, kelakar dan menyentuh hati.
The Proud Family
BUTIRAN
Ikuti pengembaraan suka duka Penny, seorang gadis biasa yang sedang mengharungi alam remaja. Setiap hari, ada sahaja situasi luar biasa yang berlaku, penuh dengan gelagat lucu dan detik mengharukan. Hidupnya bertambah rumit apabila dia cuba mengimbangi keluarga, sekolah dan rakan-rakan, ditambah pula dengan kehadiran kawan baiknya Dijonay, musuh ketatnya LaCienega Boulevardez, ibu bapa yang terlalu melindunginya, dan neneknya yang sempoi, Suga Mama.
- Tarikh Pelancaran:
- 2001 – 2002
- Genre:
- Pendewasaan,
- Komedi,
- Animasi
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- Bruce W. Smith
- Dibintangi:
- Tommy Davidson
- Paula Jai Parker
- Kyla Pratt
- Jo Marie Payton
- Karen Malina White
- Soleil Moon Frye
EPISOD
M2:Ep1 Bintang Dicemuh
Penny dan rakan-rakannya dapat tawaran rakaman, tapi Penny mahu bergerak solo.
M2:Ep2 Wira Untuk Halloween
Keluarga Proud mendapati rumah mereka mungkin berhantu
M2:Ep3 Tiada Bandingnya yang Asli, Sayang
Parti hari jadi pertama si kembar huru-hara apabila penghibur tak muncul.
M2:Ep4 Keadilan Puitis
Dijonay dan Penny berentap dalam pertandingan deklamasi sajak.
M2:Ep5 Di Sebalik Keturunan
Keluarga Trudy dan Oscar datang melawat untuk pembaptisan si kembar.
M2:Ep6 Horey untuk Iesha
Penny berjuang untuk menayangkan semula rancangan TV kegemarannya.
M2:Ep7 Kembara Berkhemah
Keluarga Proud dan Boulevardez terkandas semasa berkhemah bersama.
M2:Ep8 Harimau Mendekam, Sen Tersorok
Penny dan kawan-kawannya menyertai kelas seni bela diri.
M2:Ep9 Kem Picisan
Demi akhbar sekolah, Penny menyamar sebagai 'gadis nakal'.
M2:Ep10 Kota Muda
Selepas bertengkar dengan mak ayahnya, Penny berharap semua orang dewasa lenyap.
M2:Ep11 Satu dalam Sejuta
Penny beri Oscar peluangnya untuk menang sejuta dolar.
M2:Ep12 Hmmm… Rasa Macam…
Suga Mama menewaskan Oscar dalam peraduan snek, Oscar merancang dendam.
M2:Ep13 Ada Sesuatu Tentang Rene
Keluarga Proud mengupah pengasuh yang sempurna.
M2:Ep14 Pengembaraan Menjaga BeBe
Dijonay menyelinap ke konsert, meninggalkan Penny keseorangan untuk menjaga budak.
M2:Ep15 Lautan dan Darat
Dijonay ajak budak baru dari Hawaii keluar untuk buat Sticky cemburu.
M2:Ep16 Legenda Johnny Lovely
Seorang lelaki baru tiba di pekan dan mengajar semua orang tentang seni adab.
M2:Ep17 Kem, Kaunselor, Perisik dan Batu
Penny dan kawan-kawannya menjadi kaunselor kem junior.
M2:Ep18 Perlukan Pencuri
Penny difitnah mencuri jam tangan di tempat kerja baharunya.
M2:Ep19 Pilunya Lonceng Perkahwinan
Oscar syak kekasih baharu Suga Mama (Smokey Robinson) cuma mahu kikis duitnya.
M2:Ep20 Penny Potter
Mak cik Penny datang ke bandar bersama rombongan telekinesisnya yang hebat.
M2:Ep21 Thelma dan Luis
Papi dihantar ke rumah jagaan tempat para penghuninya dipaksa bekerja
M2:Ep22 Kerja Monyet
Monyet Mariah Carey, Francois, tertukar di klinik haiwan Trudy.
M2:Ep23 Kejutan Budaya
Penny tinggal bersama sebuah keluarga Pakistan semasa Minggu Apresiasi Budaya.
M2:Ep24 Pilihan Raya
Lawan Penny dalam pilihan raya sekolah cuba membeli undi semua orang.