Pada November 1998, seorang jurujual komputer dari Brooklyn sepatutnya mula menjalani hukuman penjara 17 tahun. Dia menyewa sebuah Ford Taurus, memandu untuk memulangkan peranti pengawasan buku lalinya, mengeluarkan $600 dari ATM, menuju ke lapangan terbang JFK... lalu ghaib. Namanya John Ruffo.
Have You Seen This Man?
BUTIRAN
Pada November 1998, seorang jurujual komputer dari Brooklyn sepatutnya mula menjalani hukuman penjara 17 tahun. Sebaliknya, dia menyewa kereta, menanggalkan monitor buku lalinya, mengeluarkan $600 tunai, menuju ke lapangan terbang JFK, lalu lesap.
Namanya John Ruffo. Jenayahnya: satu penipuan luar biasa. Menggunakan dokumen dan cop syarikat palsu, dia memujuk bank untuk memberinya pinjaman $350 juta. Dia mencipta satu projek palsu yang dipanggil "Project Star" dan melaburkan jutaan dolar di pasaran saham, menjadi pemain besar Wall Street.
Apabila FBI menghidu penipuannya, mereka memasang perangkap. Namun, pihak pendakwa raya membuat kesilapan besar: mereka membenarkan John Ruffo memandu sendiri ke penjara.
Maka bermulalah salah satu pemburuan paling lama dan mencabar dalam sejarah U.S. Marshals Service. Kita akan mendedahkan seorang lelaki yang hidupnya umpama cermin khayalan, penuh dengan identiti rahsia, hubungan aneh dan syarikat palsu.
Adakah dia ejen rahsia FBI yang memancing saintis Soviet untuk berpaling tadah? Adakah kumpulan samseng membantunya menghilangkan diri? Adakah itu dia yang kelihatan di Stadium Dodger?
Sertai para Marsyal dalam pemburuan ini untuk menyelesaikan kes yang telah membingungkan mereka selama beberapa generasi, sambil mereka merentasi dunia untuk bertanya satu soalan: "Pernahkah anda melihat lelaki ini?"
- Tarikh Pelancaran:
- 2022
- Genre:
- Siri Dokumentari
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Sunny Hostin
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Anatomi Seorang Penipu
Pada pertengahan 90-an, John Ruffo mendalangi salah satu penipuan bank terbesar dalam sejarah.
M1:Ep2 Kehidupan Tersembunyi Pencuri
John Ruffo kelihatan menjalani kehidupan yang biasa-biasa sahaja.
M1:Ep3 Perisik Yang Menipu Aku
John Ruffo banyak berbohong dengan cerita tak masuk akal. Tapi mungkinkah ada yang benar?