Detik jam bermula semula apabila 24: LEGACY mengisahkan perlumbaan memacu adrenalin untuk menghentikan serangan pengganas dahsyat di bumi Amerika Syarikat – dalam format masa nyata yang sama yang telah melonjakkan siri perintis genre ini.
24: Legacy
BUTIRAN
Detik jam bermula lagi dengan 24: LEGACY, evolusi terbaharu siri "24" yang memenangi Anugerah Emmy. Ia mengisahkan perlumbaan adrenalin melawan masa untuk menghentikan serangan pengganas dahsyat di bumi A.S. – dalam format masa nyata yang sama yang memasyhurkan siri ini. Enam bulan lalu di Yaman, skuad elit Renjer Tentera A.S. pimpinan Sarjan ERIC CARTER telah membunuh ketua pengganas, Sheik Ibrahim Bin-Khalid. Akibatnya, pengikut Bin-Khalid mengisytiharkan fatwa terhadap Carter, skuadnya dan keluarga mereka, memaksa mereka menyertai program perlindungan saksi. Namun, satu cubaan membunuh Carter menyedarkannya bahawa identiti pasukannya telah terbongkar. Untuk menggagalkan serangan, Carter meminta bantuan REBECCA INGRAM, perancang di sebalik serbuan yang membunuh Bin-Khalid. Dia seorang pegawai perisikan bijak yang telah meletak jawatan sebagai Pengarah Kebangsaan CTU untuk menyokong suaminya, SENATOR JOHN DONOVAN, dalam kempen presidennya. Dengan Rumah Putih dalam genggaman, sanggupkah dia menjadi Wanita Pertama? Atau adakah jiwanya yang dahagakan aksi akan menariknya kembali? Bersama-sama, Carter dan Ingram membongkar rangkaian pengganas yang canggih yang memaksa mereka bertanya: "Siapakah yang boleh kami percayai?". Sambil bertarung dengan pengikut Bin-Khalid, mereka terpaksa berdepan dengan identiti, keluarga dan masa silam mereka sendiri.
- Tarikh Pelancaran:
- 2017
- Genre:
- Drama,
- Aksi dan Pengembaraan,
- Perisikan // Pengintip,
- Ngeri,
- Polis & Detektif
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- Manny Coto
- Evan Katz
- Pelakon:
- Corey Hawkins
- Miranda Otto
- Anna Diop
- Teddy Sears
- Ashley Thomas
- Dan Bucatinsky
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 12:00 Tengah Hari - 1:00 Petang
Sarjan Eric Carter pulang dari misi menumpaskan seorang pengganas.
M1:Ep2 1:00 - 2:00 Petang
Grimes menuntut wang sebagai ganti senarai yang dirampasnya daripada Bin-Khalid.
M1:Ep3 2:00 Petang - 3:00 Petang
Carter mesti percayakan CTU semasa merancang pertemuan dengan Grimes untuk pertukaran.
M1:Ep4 3:00 - 4:00 Petang
Grimes menemui Carter dengan maklumat yang mungkin boleh menjejaki pengganas.
M1:Ep5 4:00 - 5:00 Petang
Carter cuba mencari lokasi pengganas yang diburunya.
M1:Ep6 5:00 - 6:00 Petang
Menggunakan satu petunjuk, Carter dan CTU menjejaki lokasi musuh.
M1:Ep7 6:00 - 7:00 Malam
Carter perlukan bantuan Andy untuk mendapatkan semula bukti penting.
M1:Ep8 7:00 - 8:00 Malam
Teknik soal siasat Rebecca membuatkan Donovan meragui pertimbangannya.
M1:Ep9 8:00 malam - 9:00 malam
Satu ancaman memaksa CTU melaksanakan perintah berkurung. Carter berdepan situasi yang genting.
M1:Ep10 9:00 Malam - 10:00 Malam
Dunia peribadi dan kerja Rebecca bertembung gara-gara satu panggilan telefon.
M1:Ep11 10:00 malam - 11:00 malam
Bantuan dibawa masuk ke CTU untuk menyelia operasi.
M1:Ep12 11:00 malam - 12:00 tengah hari
Perjanjian Carter dan Donovan untuk menyelamatkan Rebecca tidak berjalan seperti yang dirancang.