Pasukan elit ejen FBI, Red Cell, menggunakan kaedah siasatan luar biasa dan taktik agresif untuk menangkap penjenayah paling durjana negara.
Criminal Minds: Suspect Behavior
BUTIRAN
Dalam Unit Analisis Tingkah Laku (BAU) FBI, wujud pasukan gerak pantas yang dikenali sebagai Sel Merah. Pasukan bukan konvensional ini beroperasi di luar birokrasi dan melapor terus kepada pengarah FBI. Pasukan ini dianggotai ketua unit Sam Cooper, penembak tepat Mick Rawson, Gina Lasalle yang bijak, bekas banduan Jonathan “Prophet” Sims dan ahli terbaharu Beth Griffith. Penelope Garcia turut membantu dengan gaya tersendiri dan kemahiran komputer yang hebat. Pasukan elit ini menggunakan kaedah luar biasa untuk menangkap penjenayah paling kejam.
- Tarikh Pelancaran:
- 2011
- Genre:
- Drama,
- Prosedur,
- Polis & Detektif
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- Edward Allen Bernero
- Chris Mundy
- Pelakon:
- Forest Whitaker
- Janeane Garofalo
- Michael Kelly
- Beau Garrett
- Matt Ryan
- Kirsten Vangsness
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Sama Sepadan
Cooper dan pasukan Red Cellnya menyiasat satu siri penculikan kanak-kanak di Cleveland.
M1:Ep2 Hati Sepi
Pasukan Red Cell ke Ohio untuk menjejaki seorang pembunuh yang menyasarkan ahli perniagaan bujang.
M1:Ep3 Butakan Mata
Pasukan kami menyiasat mangsa bunuh yang ditemui dalam kereta tanpa kedua-dua belah matanya.
M1:Ep4 Tembakan Maut
Mick dipermainkan oleh penembak hendap bersiri.
M1:Ep5 Inilah Apinya
Selepas satu letupan berlaku, pasukan itu mesti menjejaki pengebom sebelum serangan lain menyusul.
M1:Ep6 Pengabdian
Pasukan Sel Merah memburu pembunuh bersiri yang menculik lalu menggantung mangsanya.
M1:Ep7 Jane
Pasukan ini ke Arizona untuk merungkai mesej seorang suspek selepas dua pembunuhan.
M1:Ep8 Helang Malam
Pembunuhan amuk di Oklahoma City memaksa Cooper dan pasukan sel merah untuk campur tangan.
M1:Ep9 Lemas
Pasukan Red Cell memburu suspek yang menculik ibu-ibu muda.
M1:Ep10 Inilah Masanya
Cooper dipanggil beri keterangan apabila banduan wanita hukuman mati memohon perbicaraan semula.
M1:Ep11 Terbiar
Pasukan Red Cell ditugaskan untuk mencari anak perempuan seorang hakim persekutuan yang terasing.
M1:Ep12 Gadis Bertopeng Biru
Cooper dan pasukan Sel Merah menjejaki pembunuh yang mencacatkan wajah mangsanya.
M1:Ep13 Mati Dihiris Seribu Kali
Cooper dan pasukan Red Cell menjejaki pembunuh bersiri yang menembak rambang di kawasan sesak.