Terdampar di belantara Pacific Northwest selepas ribut di laut memisahkannya daripada ayahnya, Angus McCormick yang berusia 16 tahun hanya berbekalkan kebijaksanaannya dan seekor anjing setia untuk terus hidup.
Far from Home: The Adventures of Yellow Dog
BUTIRAN
Apabila John dan Catherine McCormick berpindah ke pesisir British Columbia, John, seorang kelasi, mengajar anak-anaknya Angus dan Silas kemahiran asas belayar dan ikhtiar hidup. Angus menjumpai seekor anjing Labrador Emas terbiar, menamakannya Yellow dan mahu membelanya, walaupun ibu bapanya tidak pasti jika Angus cukup bertanggungjawab. Semuanya berubah apabila John membawa Angus dan Yellow belayar. Ribut kencang tiba-tiba membadai, lalu menghumban budak lelaki itu dan anjingnya ke laut. Mereka berdua terdampar di sebuah kawasan pantai terpencil, di mana kebolehan Angus untuk terus hidup diuji. Sementara Angus dan Yellow melawan haiwan liar, membina tempat perlindungan dan cuba meminta bantuan, John dan Catherine bekerjasama dengan Pengawal Pantai dalam pencarian terdesak untuk anak mereka.
- Durasi:
- 1 j 20 m
- Tarikh Pelancaran:
- 1995
- Genre:
- Aksi dan Pengembaraan,
- Pendewasaan,
- Haiwan & Alam Semula Jadi,
- Ikhtiar Hidup
- Klasifikasi:
- Pengarah:
- Phillip Borsos
- Dibintangi:
- Mimi Rogers
- Bruce Davison
- Tom Bower
- Jesse Bradford
- Joel Palmer
- Dakotah