Dalam siri makanan dan kembara ini, Cef selebriti Alisa Reynolds membawa penonton mengelilingi dunia untuk mencari hubungan jiwa antara insan dan hidangan. Dalam perjalanannya, beliau mendalami asas makanan tempatan untuk menyingkap kisah, tradisi dan resipi yang diwarisi turun-temurun dari dapur ke dapur.
Searching for Soul Food
BUTIRAN
Dalam siri kembara makanan ini, Cef selebriti Alisa Reynolds mengelilingi dunia untuk mencari hubungan mendalam antara identiti dan makanan. Sepanjang perjalanan, Cef Alisa menyelami asal usul makanan tempatan untuk mendedahkan kisah, tradisi dan resipi yang diwarisi dari generasi ke generasi, sambil menyelitkan sentuhan citarasanya yang tersendiri.
- Tarikh Pelancaran:
- 2023
- Genre:
- Gaya Hidup,
- Siri Dokumentari
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Alisa Reynolds
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Mississippi
Cef Alisa Reynolds mengembara ke Mississippi untuk meneroka asal usul dan legasi "soul food".
M1:Ep2 Oklahoma
Cef Alisa menuju ke Oklahoma untuk bertemu dan menjamu selera bersama Orang Asli Amerika.
M1:Ep3 Appalachia
Cef Alisa mengembara ke pergunungan untuk meneroka sajian masyarakat Appalachia.
M1:Ep5 Itali
Cef Alisa menyelami keghairahan orang Naples terhadap hidangan yang mereka sempurnakan.
M1:Ep6 Jamaica
Seorang cef membongkar kisah penentangan di sebalik salah satu makanan paling ikonik di Jamaica.
M1:Ep7 Peru
Cef Alisa menyelami pelbagai budaya yang membentuk tradisi masakan Peru.
M1:Ep8 Los Angeles
Cef Alisa kembali ke akar umbi budaya makanan LA untuk mencari jiwanya.