Unit Jenayah Keganasan 2 Polis Songwon mempunyai kadar tangkapan terendah di negara ini. Selepas ketua mereka diturunkan pangkat, pasukan itu dibuang ke sebuah pusat jagaan yang terbiar. Muncullah Yubin, ketua baharu mereka. Walaupun mulanya tidak dipercayai, Yubin dan pasukannya mula serasi sambil menyelesaikan kes bersama-sama.
Seoul Busters
BUTIRAN
Setiap tahun, Unit Jenayah Keganasan 2 Polis Songwon digelar pasukan berprestasi paling teruk di negara. Selepas gagal menangkap penjenayah, ketua mereka dipindahkan ke pulau terpencil. Pasukan itu disingkirkan ke pejabat sementara di pusat jagaan terbiar, tempat mereka menerima kes baharu. Muncul Yubin, ketua baharu mereka yang penuh misteri, yang mengubah haluan kes itu. Pasukan itu pada mulanya ragu-ragu dengan cara Yubin, tetapi mereka semakin rapat sambil menyelesaikan kes bersama. Mampukah skuad serba tak kena ini menjadi pasukan terbaik negara?
- Tarikh Pelancaran:
- 2024
- Genre:
- Komedi,
- Polis & Detektif
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Kim Dongwook
- Park Jihwan
- Seo Hyunwoo
- Park Sewan
- Lee Seungwoo
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Episod 1
Unit jenayah paling corot memulakan kes pertama mereka dengan ketua baharu, Yubin.
M1:Ep2 Episod 2
Pasukan menyiasat pembunuhan yang disangka bunuh diri, namun satu lagi kematian merumitkan keadaan.
M1:Ep3 Episod 3
Pasukan memajukan siasatan dengan maklumat saksi. Yubin mengenal pasti suspek.
M1:Ep4 Episod 4
Kebakaran tercetus di kedai ayam goreng milik kenalan Joongryeok.
M1:Ep5 Episod 5
Pasukan buntu walaupun suspek pembakaran semakin berkurang. Yubin pula ada teori mengejutkan.
M1:Ep6 Episod 6
Mengikut petunjuk Yubin, pasukan itu mengubah haluan siasatan dan menemui maklumat baharu.
M1:Ep7 Episod 7
Seorang gadis kecil diculik. Walaupun menerima ugutan, Yubin menolak suspek utama.
M1:Ep8 Episod 8
Pasukan lain ambil alih kes, tapi pasukan Yubin siasat secara rahsia, mencetuskan pertembungan.
M1:Ep9 Episod 9
Berpandukan petunjuk Tansik, pasukan itu menyelinap ke kawasan larangan dan berdepan dengan bahaya.
M1:Ep10 Episod 10
Pasukan itu mengenal pasti seorang suspek tetapi tiada bukti. Sementara itu, masa semakin suntuk.
M1:Ep11 Episod 11
Seorang wanita ditahan menceroboh, rupa-rupanya mangsa penipuan cinta. Pasukan membuat intipan.
M1:Ep12 Episod 12
Pasukan Yubin mengumpan suspek tetapi mendapati keadaan tidak seperti yang disangka.
M1:Ep13 Episod 13
Pasukan ini menangani kes kecurian artifak budaya dan menyiasat semua yang ada akses ke rumah itu.
M1:Ep14 Episod 14
Suspek mendakwa orang lain yang mencuri lukisan. Pasukan itu menyamar untuk menangkap pelakunya.
M1:Ep15 Episod 15
Pasukan Yubin membongkar gabungan samseng lalu menubuhkan Kumpulan Dongbang untuk menyusup masuk.
M1:Ep16 Episod 16
Pasukan Yubin menjalani kehidupan dua alam dan berjaya bertemu orang kanan bos Kesatuan MZ.
M1:Ep17 Episod 17
Seorang pelajar universiti ditemui dibunuh dengan cara yang sama seperti tunang Yubin.
M1:Ep18 Episod 18
Hyunwoo kenal pasti pembunuh. Junghwan pula dapat bukti CCTV, tetapi kini dalam bahaya.
M1:Ep19 Episod 19
Joongryeok memburu penyerang Junghwan, manakala Yubin mendapati bukti penting telah lesap.
M1:Ep20 Episod 20
Pasukan itu mempercayai dakwaan Yubin bahawa pembunuh sebenar masih bebas, dan mengumpul bukti.