Debut Disney+ Billy Eilish dengan "Happier Than Ever: Surat Cinta Buat Los Angeles." Memaparkan persembahan setiap lagu daripada album "Happier Than Ever" serta penampilan daripada FINNEAS, Koir Kanak-Kanak Los Angeles dan Filharmonik Los Angeles, dipimpin oleh Gustavo Dudamel dan Romero Lubambo. Diarahkan oleh Robert Rodriguez dan Patrick Osborne.
Happier Than Ever: A Love Letter To Los Angeles
BUTIRAN
Pemenang Anugerah GRAMMY® dan artis carta teratas, Billie Eilish, membuat debut Disney+ dengan "Happier Than Ever: Surat Cinta Buat Los Angeles", sebuah filem konsert asal. Selepas album baharunya, "Happier Than Ever", filem khas ini memaparkan persembahan setiap lagu daripada album ini mengikut urutannya, di pentas legenda, Hollywood Bowl. Diarahkan oleh Robert Rodriguez dan pemenang OSCAR®, Patrick Osborne, filem khas ini juga memasukkan unsur animasi, membawa penonton menjelajah bandar asal Billie, Los Angeles serta latar belakangnya yang ikonik. "Happier Than Ever: Surat Cinta Buat Los Angeles" juga menampilkan penyanyi dan penulis lagu, FINNEAS, Koir Kanak-Kanak Los Angeles serta Filharmonik Los Angeles, dipimpin oleh Gustavo Dudamel dan pemain gitar Brazil yang terkenal di dunia, Romero Lubambo.
- Durasi:
- 1 j 5 m
- Tarikh Pelancaran:
- 2021
- Genre:
- Konsert,
- Muzik
- Klasifikasi:
- Pengarah:
- Robert Rodriguez
- Patrick Osborne
- Dibintangi:
- Billie Eilish
- Gustavo Dudamel
- The Los Angeles Philharmonic
- Romero Lubambo
- The Los Angeles Children's Choir
- Andrew Marshall