Apabila George Lucas menghasilkan Star Wars, dia tak terfikir akan merevolusikan sebuah industri. Siri enam episode ini menunjukkan evolusi Industrial Light & Magic, sebuah syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan kesan khas unik untuk Star Wars, E.T., Terminator 2, Jurassic Park, dan banyak filem lain. Ini kisah sebuah pasukan kreatif genius yang menghasilkan magik untuk filem yang kita suka.
LIGHT & MAGIC
BUTIRAN
LIGHT & MAGIC merupakan siri enam episod yang menceritakan tentang Industrial Light & Magic, syarikat kesan khas George Lucas yang ditubuhkan untuk menghasilkan Star Wars. Melalui temu ramah dan rakaman khas, pengarah Lawrence Kasdan mendedahkan tentang kesan khas paling ikonik ILM, sambil mendalami kisah menarik artis-artis dan penginovasi. Apabila George Lucas menghasilkan Star Wars, dia mendapati tiada syarikat kesan khas di Hollywood yang mampu menghidupkan visinya tentang “pertempuran kapal pejuang di angkasa lepas.” George bersama pakar kamera, John Dykstra menggunakan gudang lama di Van Nuys dan mula mengumpulkan pasukan artis, jurubina, dan pemimpi. Dalam kepanasan, mereka mencipta kapal, membuat model, dan membina sistem kamera berevolusi. Namun apabila George datang melawat setelah selesai penggambaran, dia mendapati ILM sangat lewat daripada yang dijadualkan. Pasukan itu bersepakat untuk siapkannya dalam masa yang ditetapkan dan Star Wars mendapat kejayaan di seluruh dunia. George masih tidak berpuas hati dengan hasilnya. Untuk sekuel, The Empire Strikes Back, George memindahkan ILM ke kemudahan yang baru di utara. Pasukan itu kini perlu menyelesaikan masalah yang lebih besar. George yang kecewa dengan teknik penghasilan filem tradisional, mula memodenkan industri. Beliau mengupah saintis komputer Ed Catmull untuk mengetuai pasukan komputer. Pada awal tahun 1980-an, ILM merupakan syarikat paling hebat dalam kesan khas. Kolaborasi bersama pengarah seperti Steven Spielberg dan Robert Zemeckis membawa kepada kesan khas hebat dalam Raiders of the Lost Ark, Poltergeist, E.T., Back to the Future, dan banyak lagi. Sementara itu, Pixar Image Computer memberi inspirasi kepada John Knoll untuk menghasilkan Photoshop. Ketika industri memasuki era digital, artis grafik computer dari seluruh dunia menyertai ILM. Pasukan itu mengambil risiko dan menghasilkan kesan khas untuk The Abyss dan Terminator 2. Ada artis tradisional berjaya menyesuaikan diri dengan peralatan baru, tapi ramai juga yang sukar melakukannya. Penghasilan dinosaur digital untuk Jurassic Park membuktikan titik perubahan dalam industri, walaupun membuatkan pakar gerak henti Phil Tippett pupus dari industri. Dengan alat digital baru, George Lucas kembali dengan saga Star Wars. Dalam prekuel, beliau bereksperimen dengan teknologi baru dan mendesak kemajuan meluas industri dalam penggunaan kamera digital dan projektor. Inovasi berterusan sehingga abad ke-21, ramai generasi baru pembuat filem mencari peluang bekerja dengan ILM. Untuk filem Iron Man, skeptik CG Jon Favreau menukar fikirannya apabila beliau tidak dapat membezakan antara praktikal dan digital. Visi utama George akhirnya membuahkan hasil dengan fThe Volume, sistem revolusi produksi digital. Pada penghujung siri ini, rakan-rakan usaha sama dulu dan kini meraikan keunikan gabungan seni dan teknologi ILM serta memberi penghormatan kepada semua orang yang menjayakannya.
- Tarikh Pelancaran:
- 2022 – 2025
- Genre:
- Siri Dokumentari
- Klasifikasi:
EPISOD
M2:Ep1 Adakah Kita Bersedia Untuk Ini?
Selepas sedekad jauh dari Star Wars, George Lucas kembali ke ILM dengan satu tugas mustahil baharu.
M2:Ep2 Mesti Ada Cara Yang Lebih Baik
George Lucas pujuk Hollywood jadi digital, ILM pula tangani angin, air dan Yoda CG.
M2:Ep3 Tiada Jalan Pulang
ILM bukan lagi satu-satunya jaguh. Untuk kekal di atas, mereka perlu ubah rentak sekali lagi.