Monsters at Work
Monsters at Work
TV-G
Sari Kata / Kapsyen Tertutup
2021 – 20242 Musim
Komedi, Animasi, Fantasi

Tylor Tuskmon merupakan pelajar terbaik di Monsters University yang tiba di Monsters Incorporated untuk memulakan kerjaya sebagai Penggerun. Pada hari dia sepatutnya bermula, dia dapat tahu yang Penggerun tidak lagi diperlukan...mereka perlukan Pelawak! Tylor memasuki Pasukan Kemudahan Monsters, Inc. buat sementara waktu. Perubahan ini merosakkan pelan Tylor, tapi dia mempunyai matlamat yang baharu: menjadi raksasa Pelawak.

Monsters at Work

BUTIRAN


Tylor Tuskmon merupakan pelajar terbaik dari kelasnya di Sekolah Menggerun Monsters University. Sejak kecil, dari masa dia menakutkan seluruh kelas gred 4 di Sekolah Rendah Menggerun Shockington, Tylor bermimpi untuk menjadi seorang Penggerun seperti idolanya James P. Sullivan. Kini, impiannya akan menjadi kenyataan....atau mungkin tidak. Pada hari dia sepatutnya bermula, dia dapat tahu yang Penggerun tidak lagi diperlukan...mereka perlukan Pelawak! Tylor memasuki Pasukan Kemudahan Monsters, Inc. (MIFT) buat sementara waktu dan perlu bekerja dengan sekumpulan mekanik yang aneh, termasuklah rakan lamanya di MU. Perubahan ini merosakkan pelan Tylor, tapi dia mempunyai matlamat yang baharu: menjadi raksasa Pelawak. "Monsters at Work" mengisahkan Tylor Tuskmon dan impiannya untuk menjadi raksasa Pelawak, serta pengalamannya bersama dengan MIFT, pasukan mekanik yang memastikan semua alatan di Monsters Incorporated berjalan dengan lancar.

Tarikh Pelancaran:
2021 – 2024
Genre:
Komedi,
Animasi,
Fantasi
Klasifikasi:
TV-G
Pencipta:
Bobs Gannaway
Dibintangi:
Billy Crystal
John Goodman
Ben Feldman
Mindy Kaling
Henry Winkler
Lucas Neff

EPISOD


  • thumbnail - M1:Ep1 Selamat Datang ke Monsters, Incorporated

    M1:Ep1 Selamat Datang ke Monsters, Incorporated

    Tylor tiba di Monsters Inc. untuk jadi Penggerun, tapi mereka hanya mencari Pelawak sekarang.

  • thumbnail - M1:Ep2 Kenali MIFT

    M1:Ep2 Kenali MIFT

    Tylor diterima masuk ke Pasukan Kemudahan Monsters, Inc.

  • thumbnail - M1:Ep3 Bilik Yang Rosak

    M1:Ep3 Bilik Yang Rosak

    Tylor diberikan tugas pertama sebagai ahli MIFT. Mike dan Sulley perlu menjaga seorang bayi manusia.

  • thumbnail - M1:Ep4 The Big Wazowskis

    M1:Ep4 The Big Wazowskis

    Tylor daftarkan MIFT sebagai pasukan boling Mike tapi mereka tidak pandai bermain.

  • thumbnail - M1:Ep5 Penyembunyian

    M1:Ep5 Penyembunyian

    Tylor dan Duncan menyebabkan pemutusan elektrik di bandar dan cuba sembunyikannya.

  • thumbnail - M1:Ep6 Mesin Layan Diri

    M1:Ep6 Mesin Layan Diri

    Tylor merosakkan mesin layan diri kesayangan MIFT pada hari Fritz perlu memecat seorang pekerja.

  • thumbnail - M1:Ep7 Si Comel Kembali

    M1:Ep7 Si Comel Kembali

    Tylor secara tidak sengaja membawa "Orang Salji Comel" yang diusir, kembali ke Monsters, Inc.

  • thumbnail - M1:Ep8 Raksasa Kecil

    M1:Ep8 Raksasa Kecil

    Tylor mendapat peluang untuk menjadi Pelawak semasa Hari Raksasa Mini di Monsters, Inc.

  • thumbnail - M1:Ep9 Hari Rambut Teruk

    M1:Ep9 Hari Rambut Teruk

    Tylor cuba menjadi MIFTer terbaik tapi pelannya menghadapi masalah.

  • thumbnail - M1:Ep10 Mereka Kejar Gelak Tawa

    M1:Ep10 Mereka Kejar Gelak Tawa

    Impian Tylor menjadi nyata apabila di menjadi Pelawak...tapi dia runsing untuk tinggalkan MIFT.

Anda Juga Mungkin Suka

  • thumbnail - Monsters, Inc.
  • thumbnail - Monsters University
  • thumbnail - Kereta Baharu Mike
  • thumbnail - Party Central
  • thumbnail - Onward
  • thumbnail - Toy Story 4
  • thumbnail - Incredibles 2
  • thumbnail - Cars 3