Apabila Baba mereka, seorang tauke kedai serbaneka, meninggal dunia secara tiba-tiba, dua beradik lelaki Pakistan-Amerika yang dimanjakan kehilangan segalanya. Mereka terpaksa berdepan dengan kehidupan jenayah rahsia si bapa sambil cuba mengambil alih takhtanya dalam dunia gelap.
Deli Boys
BUTIRAN
Hidup mewah Raj dan Mir Dar musnah apabila bapa taikun mereka mati mengejut. Rupa-rupanya, Baba mereka bukan ahli perniagaan, tetapi raja dadah! Kehilangan segalanya, dua beradik manja ini dipaksa masuk ke dunia jenayah oleh Mak Cik Lucky dan musuh ketatnya, Pak Cik Ahmad. Dari satu bencana kelakar ke bencana lain, setiap langkah mereka kini soal hidup atau mati. Tanpa wang amanah, mereka tiada lagi peluang untuk buat silap.
- Tarikh Pelancaran:
- 2025 – 2026
- Genre:
- Komedi,
- Jenayah
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- Abdullah Saeed
- Pelakon:
- Asif Ali
- Saagar Shaikh
- Fred Armisen
- Poorna Jagannathan
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M2:Ep1 Jejaka Kaya
Keluarga Dar terlebih duit dan minta tolong Max Sugar, tapi dia lebih berminat dengan Lucky
M2:Ep2 Jejaka Senyap
Wang haram diputihkan, Mir mulakan urusan padang golf manakala Raj merancang untuk memburu Ahmad.
M2:Ep3 Geng Jenayah
Raj tular dalam penjara, Zubair muncul, dan cinta tiga segi Lucky makin hangat.
M2:Ep4 Budak Geli
Max mengheret Lucky ke terapi pasangan, sementara Mir dan Raj cuba menjejaki pembunuh Ahmad.
M2:Ep5 Jejaka DarCo
Budak-budak lelaki itu merancang untuk selamatkan Raj, sementara Lucky menangkap basah Max.
M2:Ep6 Jejaka Perkasa
Keluarga Dar mesti bijak bertindak atau DarCo akan jatuh ke tangan Max dan Chadwater.