Di Sebalik Tabir Doctor Strange Di Alam Berbilang.
Di Sebalik Tabir Doctor Strange Di Alam Berbilang.
TV-14
Perihal Audio
Sari Kata / Kapsyen Tertutup
20221 j 1 m
Dokumentari

Sertai pengarah tersohor Sam Raimi serta para pelakon filem ini dalam mengenang kembali pengalaman mereka dalam menghidupkan kisah Marvel paling gelap setakat ini. Daripada pembinaan dunia sehinggalah pembinaan alam, dengarkan pendedahan pelakon dan kru tentang usaha yang diperlukan untuk mereka, mencipta dan menghasilkan beberapa alam yang unik dan meyakinkan. Ketahui semua ini dan banyak lagi dalam “ASSEMBLED: Di Sebalik Tabir Doctor Strange Di Alam Berbilang.”

Di Sebalik Tabir Doctor Strange Di Alam Berbilang.

BUTIRAN


Selami Alam Berbilang bersama pelakon dan pengarah “Doctor Strange Di Alam Berbilang.” Sertai pengarah tersohor Sam Raimi dan pelakon filem ini dalam mengenang kembali pengalaman mereka dalam menghidupkan kisah Marvel paling gelap setakat ini. Karya ini merupakan kemunculan semula beliau sebagai pengarah filem adiwira yang paling dinantikan dan Sam Raimi bakal menerapkan gayanya yang tersendiri dalam filem ini. Dengarkan kisah pengembangan cerita filem ini oleh penulis Michael Waldron dalam sebuah proses usaha sama yang mempertimbangkan pelbagai idea menarik. Ketahui bagaimana Benedict Cumberbatch ingin menerokai sisi gelap wataknya dan perasaan beliau melakonkan beberapa versi Doctor Strange yang berbeza. Anda juga akan lebih mendalami evolusi mengejutkan Wanda Maximoff menjadi Scarlet Witch dan bagaimana Elizabeth Olsen begitu teruja melakonkan watak penjahat. Temui Xochitl Gomez dan selami perasaannya Ketika melakonkan watak America Chavez, wira terbaharu Marvel dengan kuasa yang tidak pernah dilihat dalam MCU. Daripada pembinaan dunia sehinggalah pembinaan alam, dengarkan pendedahan pelakon dan kru tentang usaha yang diperlukan untuk mereka, mencipta dan menghasilkan beberapa alam yang unik dan meyakinkan. Dengarkan penerangan kesan visual bagi beberapa adegan aksi rumit dalam filem tersebut dan jumlah kerjasama yang diperlukan dalam menzahirkannya ke layar perak. Ketahui semua ini dan banyak lagi dalam “ASSEMBLED: Di Sebalik Tabir Doctor Strange Di Alam Berbilang.”

Durasi:
1 j 1 m
Tarikh Pelancaran:
2022
Genre:
Dokumentari
Klasifikasi:
TV-14

Anda Juga Mungkin Suka

  • thumbnail - Doctor Strange
  • thumbnail - Marvel Studios' Avengers: Endgame
  • thumbnail - Marvel Studios' Avengers: Infinity War
  • thumbnail - Marvel Studios' Thor: Ragnarok
  • thumbnail - WandaVision
  • thumbnail - What If...?
  • thumbnail - Marvel Studios Legends
  • thumbnail - Eternals