Chip dan Dale kini hidup di samping kartun dan manusia dalam dunia moden Los Angeles, tapi kehidupan mereka sangat berbeza. Setelah rancangan televisyen mereka dibatalkan berdekad yang lepas, bekas rakan baik ini telah berpisah haluan. Selepas salah seorang rakan pelakon mereka hilang secara misteri, mereka perlu menghayati watak detektif Rescue Rangers mereka untuk menyelamatkannya.
Chip 'n Dale: Rescue Rangers
BUTIRAN
Selepas 30 tahun, "Chip 'n Dale: Rescue Rangers" kembali dan mempamerkan bekas bintang televisyen Disney Afternoon dalam dunia moden Los Angeles. Dalam komedi gabungan aksi langsung dan animas CG penuh aksi ini, Chip dan Dale kini hidup dalam dunia kartun dan manusia di bandar Los Angeles moden, tapi hidup mereka sangat berbeza. Setelah rancangan televisyen mereka dibatalkan berdekad yang lepas, Chip (dimainkan oleh John Mulaney) kini menjadi pekerja biasa sebagai seorang penjual insurans. Dale (dimainkan oleh Andy Sandberg) pula telah mendapatkan pembedahan CGI dan cuba membangkitkan nostalgia peminat cerita lama untuk kembali ke zaman kegemilangannya. Apabila seorang bekas pelakon mereka hilang secara misteri, Chip dan Dale perlu membaiki hubungan mereka dan menjadi detektif Rescue Rangers untuk bantu selamatkan rakan mereka.
- Durasi:
- 1 j 38 m
- Tarikh Pelancaran:
- 2022
- Genre:
- Aksi dan Pengembaraan,
- Sahabat,
- Misteri,
- Komedi
- Klasifikasi:
- Pengarah:
- Akiva Schaffer
- Dibintangi:
- Andy Samberg
- John Mulaney
- Kiki Layne
- Will Arnett
- Eric Bana
- Flula Borg