Lizzie McGuire ada kawan-kawan, keluarga, malah musuh yang hebat. Selami fikirannya dan ketahui isi hatinya yang sebenar melalui alter ego animasinya. Sertai Lizzie dan kawan baiknya, Gordo dan Miranda, mengharungi alam sekolah menengah.
Lizzie McGuire
BUTIRAN
Hidup Lizzie McGuire lengkap dengan kawan baik, keluarga penyayang, dan juga musuh ketat. Jom selami fikirannya dan ketahui isi hati Lizzie yang sebenar melalui alter ego animasinya yang kelakar. Saksikan Lizzie bersama kawan baiknya, Gordo dan Miranda, mengharungi cabaran alam persekolahan sambil cuba menjaga maruah diri. Di rumah pula, adik lelakinya, Matt, tak henti-henti mengusiknya. Ibu bapanya yang penyayang tapi kadang-kadang "blur" sentiasa ada untuk membantunya apabila rancangannya tak menjadi.
- Tarikh Pelancaran:
- 2001 – 2002
- Genre:
- Pendewasaan,
- Komedi
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- Terri Minsky
- Dibintangi:
- Hilary Duff
- Lalaine
- Adam Lamberg
- Jake Thomas
- Hallie Todd
- Robert Carradine
EPISOD
M2:Ep1 Ciuman Pertama
Lizzie menemui teman lelaki pertamanya di tempat yang tak dijangka.
M2:Ep2 Emas Montezuma
Lizzie, Miranda dan Gordo menyertai sebuah rancangan permainan bahasa Sepanyol yang gila-gila.
M2:Ep3 Sahabat Karib Ibu
Lizzie memutuskan untuk menjadi kawan baik ibunya.
M2:Ep4 Kebangkitan dan Kejatuhan Empayar Kate
Kate disingkirkan daripada pasukan sorak selepas lengannya cedera.
M2:Ep5 Gadis Bekerja
Lizzie mula bekerja sebagai pengemas meja di Digital Bean.
M2:Ep6 Dan Pemenang Ialah
Lizzie, Miranda dan Gordo mendapat pasangan pelik untuk satu pencarian harta karun.
M2:Ep7 Halaman Terpanjang
Matt dan Lanny tanpa sengaja merosakkan bola sepak autograf berharga.
M2:Ep8 Hanya Kawan
Lizzie mengubah dirinya menjadi gadis yang disangkanya idaman Ethan.
M2:Ep9 McGuire yang Ganjil
Lizzie tiba-tiba berada dalam badan Matt
M2:Ep10 Pada Miranda Lizzie Tidak Percaya
Miranda dituduh mencuri di pusat beli-belah.
M2:Ep11 Hujung Senja
Lizzie risau kerana terlalu lambat memilih kerjayanya.
M2:Ep12 Gaya Hebat, Harga Jimat
Masa untuk mengundi senarai "Terbaik" bagi buku tahunan sekolah.
M2:Ep13 Kamu Memang Baik, Lizzie McGuire
Seseorang telah memecahkan kepala patung bekas pengetua.
M2:Ep14 Seperti Lizzie
Lizzie memutuskan untuk membimbing seorang junior baru.
M2:Ep15 Lizzie di Tengah
Kawan lama Encik Dig, Frankie Muniz, datang melawat sekolah.
M2:Ep16 Kecantikan Dalaman
Miranda memutuskan untuk berdiet atas sebab yang salah.
M2:Ep17 Makin Naik
Kepintaran Gordo membolehkannya lompat kelas ke gred 9.
M2:Ep18 Parti di Sini
Lizzie, Miranda dan Gordo menyelinap ke parti di rumah Kate yang tiada pengawasan.
M2:Ep19 Kata Dia, Kata Dia, Kata Dia
Lizzie, Kate dan Tudgeman dikenakan tahanan akibat pergaduhan makanan.
M2:Ep20 Krismas Ekstrem
Lizzie mahu membina pelampung hebat untuk perarakan Krismas tempatan.
M2:Ep21 Sebelas Lizzie
Lizzie mahu 11 gambarnya masuk buku tahunan.
M2:Ep22 Kepada Lizzie
Lizzie menjadi kolumnis nasihat laman web sekolah.
M2:Ep23 Buntu
Lizzie dan gengnya menyertai permainan misteri untuk mencari dalangnya.
M2:Ep24 Selamat Tinggal Hillridge Menengah
Gordo buntu tak tahu nak tulis apa dalam buku tahunan Lizzie.