Rancangan TV "Trigger" memburu keadilan dan membongkar kebenaran di sebalik jenayah yang gelap dan misteri. Diketuai Oh Soryong yang bersemangat, bersama orang baru yang egois Han Do, dan penerbit lapangan yang mementingkan gaya Kang Giho, pasukan ini bersedia untuk menjatuhkan penjahat dengan kamera mereka.
Unmasked
BUTIRAN
Pasukan "Trigger" berjuang demi keadilan, membongkar kebenaran di sebalik jenayah gelap dan misteri.
Ketua pasukan, Oh Soryong, menyiasat kes lapuk 20 tahun sambil terjerat dalam skandal di pejabat. Keadaan menjadi tegang dengan kemunculan pemberi maklumat misteri, Dr. Trigger, yang mengucar-ngacirkan pasukan.
Kemudian muncul pula Han Do, anggota baharu yang mementingkan diri dan tidak suka bekerjasama. Dengan personaliti yang berkonflik dan kes berat yang bertimbun, pejabat Trigger sentiasa huru-hara.
Namun, walau apa pun rintangannya, mereka tekad untuk mendedahkan kebenaran dan mengheret penjenayah ke muka pengadilan.
- Tarikh Pelancaran:
- 2025
- Genre:
- Ngeri,
- Jenayah
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Kim Hyesoo
- Jung Sungil
- Joo Jonghyuk
- Shin Jungkeun
- Chang Hyaejin
- Lee Haeyoung
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Dalam Dunia Kita yang Indah Ini
Oh Soryong melangkah dalam kes, manakala Han Do menyertai pasukan Pencetus.
M1:Ep2 Kemunduran
Han Do dituduh dalam satu kes dan bertekad untuk menjejaki pesalah sebenar.
M1:Ep3 Untuk Si Kalah
Pasukan ini mesti menangkap penjenayah sebelum keadaan bertambah buruk.
M1:Ep4 Perkasanya Kamera
Suspek kes kehilangan kembali 20 tahun kemudian, mencari Soryong.
M1:Ep5 Tanda Harga
Sebuah bangunan runtuh, dan Soryong bertembung secara emosi dengan Han Do.
M1:Ep6 Mengimpikan Cinta
Wajah yang dikenali kembali ke Trigger selepas 10 tahun, meminta bantuan lagi untuk ancaman baharu.
M1:Ep7 Inersia
Satu pengakuan mengejutkan menggugat Han Do dan Soryong. Pasukan Trigger mula berpecah.
M1:Ep8 Saksi yang Hilang
Pasukan menemui petunjuk baharu, tetapi masa lalu yang terkunci rapat sukar untuk dirungkai.
M1:Ep9 Cho Haewon
Ketika Soryong mencari jawapan, Giho membuat pasukannya huru-hara.
M1:Ep10 Oh, Soryong
Soryong membongkar kebenaran di sebalik kes yang berlaku dua puluh tahun lalu.
M1:Ep11 Pencetus Dilepaskan
Soryong dan Han Do menyiasat konspirasi besar, akhirnya berdepan dengan kebenaran yang mengejutkan.
M1:Ep12 Pengakuan
Pasukan Trigger mempertaruhkan segalanya demi kebenaran sambil menangkis serangan balas si penjahat.