Sambil merentasi galaksi untuk menyelamatkan R2-D2, C-3PO menceritakan semula pelbagai kisah Rebel, pengembaraan hebat mereka, konflik dengan Sith dan pencarian harapan baharu.
LEGO Star Wars: Droid Tales
BUTIRAN
Luke Skywalker dan Perikatan Pemberontak berjaya menewaskan Empayar dengan memusnahkan Death Star Kedua, tetapi keraian mereka tidak lama. Seorang figura misteri berhud mencuri kapal Laksamana Ackbar, dengan R2-D2 terperangkap di dalamnya sebagai tebusan! Ketika C-3PO dan para Pemberontak lain mengejar mereka merentasi galaksi, dia mengimbas kembali pelbagai kisah pengembaraan hebat Pemberontak yang membawa kepada konflik antara Jedi dengan Sith, pembentukan Empayar dan pencarian harapan baharu.
- Tarikh Pelancaran:
- 2015
- Genre:
- Aksi dan Pengembaraan,
- Komedi,
- Animasi,
- Cereka Sains
- Klasifikasi:
- Dibintangi:
- Tom Kane
- Anthony Daniels
- Trevor Devall
- Kirby Morrow
- Sam Vincent
- Michael Donovan
EPISOD
M1:Ep1 Keluar dari Endor
Satu lembaga misteri mencuri kapal yang dinaiki R2-D2.
M1:Ep2 Krisis di Coruscant
C-3PO dan Ackbar mengejar Figura Misteri.
M1:Ep3 Misi ke Mos Eisley
C-3PO ternampak R2-D2 dan penculik misterinya.
M1:Ep4 Penerbangan Helang
C-3PO mengesan isyarat samar daripada R2
M1:Ep5 Helah di Geonosis
Siapa yang dipenjarakan di kilang Droid Tempur Geonosis?