Apabila supermodel antarabangsa mula mati secara ngeri dan misteri, dua ejen FBI menyiasat kes ini di Paris, Venice, Rom dan New York. Siasatan mereka membongkar satu konspirasi yang mengancam masa depan umat manusia.
The Beauty
BUTIRAN
Dalam "The Beauty" terbitan FX, dunia fesyen mewah bertukar gelap apabila supermodel antarabangsa mula mati secara ngeri dan misteri. Ejen FBI Cooper Madsen dan Jordan Bennett ditugaskan ke Paris untuk membongkar kebenaran. Siasatan mereka mendedahkan virus jangkitan seksual yang mengubah orang biasa menjadi sempurna dari segi fizikal, tetapi dengan akibat yang mengerikan. Mereka kini menjadi sasaran The Corporation, seorang jutawan teknologi misteri yang mencipta ubat ajaib "The Beauty". Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk melindungi empayar trilion dolarnya, termasuk melepaskan orang suruhannya yang ganas, Si Pembunuh Upahan. Ketika wabak merebak, Jeremy, seorang lelaki terdesak, terperangkap dalam huru-hara sambil mencari tujuan hidupnya. Sementara itu, para ejen berlumba merentasi Paris, Venice, Rom dan New York untuk menghentikan ancaman yang boleh mengubah masa depan manusia.
- Tarikh Pelancaran:
- 2026
- Genre:
- Seram,
- Cereka Sains,
- Ngeri
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- Ryan Murphy
- Matthew Hodgson
- Pelakon:
- Evan Peters
- Anthony Ramos
- Jeremy Pope
- Ashton Kutcher
- Bella Hadid
- Rebecca Hall
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Pilot Jelita
Ejen FBI Cooper Madsen dan Jordan Bennett menyiasat sebuah insiden di pertunjukan fesyen di Paris.
M1:Ep2 Jordan yang Indah
Penemuan jenayah ngeri membawa Cooper dan Jordan ke Venice, Itali.
M1:Ep3 Indah Christopher Cross
Satu gandingan luar biasa terjalin selepas Si Pembunuh Upahan dihantar untuk membereskan keadaan.
M1:Ep4 Wajah Cimpanzi Cantik
Cooper menemu bual seorang penolong editor berikutan satu kejadian yang meresahkan.
M1:Ep5 Hartawan Jelita
Sekumpulan bilionair berkumpul untuk melakar sejarah.
M1:Ep6 Pesakit Sifar Cantik
Sekumpulan saintis menemui satu rahsia yang mengubah segala-galanya.
M1:Ep7 Ruang Tamu Indah
Sebuah keluarga terdesak terpaksa membuat keputusan yang sukar.
M1:Ep8 Abang-abang Kacak
Rancangan induk Korporasi semakin memuncak.
M1:Ep9 Evolusi Indah
Cooper dan Jordan bersekutu dengan seseorang yang misteri.
M1:Ep10 Hari Kecantikan Indah
Satu trend baharu yang hangat sedang tular.
M1:Ep11 Pengkhianatan Indah
Kecantikan ada harganya.