Selepas bertemu kaki filem Josh (Matt Prokop), gadis popular Dylan (Sarah Hyland) mahu membintangi dokumentari baharunya demi memenangi gelaran Ratu Blossom. Namun, Josh mendapati personaliti sebenar Dylan lebih seronok daripada topeng yang diciptanya.
Geek Charming
BUTIRAN
Sarah Hyland (Modern Family) dan Matt Prokop (High School Musical 3: Senior Year) bergandingan dalam komedi tentang transformasi yang lebih dari sekadar luaran. Apabila gadis popular Dylan (Hyland) tercicirkan beg tangan mahalnya ke dalam kolam air pancut, dia terkejut apabila penggila filem, Josh (Prokop) mengambilnya semula. Dylan terus merebut peluang untuk menjadi subjek dokumentari baharu Josh. Dia berharap filem itu akan membantunya memenangi gelaran Ratu Blossom—impian terbesarnya! Josh pula merancang untuk membongkar realiti di sebalik populariti, tetapi setelah mengenali Dylan, dia mendapati personaliti sebenar gadis itu lebih menarik daripada topeng yang dipakainya. Pada saat akhir, Josh memutuskan untuk memperkenalkan Dylan yang sebenar kepada dunia melalui filemnya. Apakah reaksi Dylan apabila menontonnya?
- Durasi:
- 1 j 39 m
- Tarikh Pelancaran:
- 2011
- Genre:
- Pendewasaan,
- Komedi Romantik,
- Komedi,
- Percintaan
- Klasifikasi:
- Pengarah:
- Jeffrey Hornaday
- Dibintangi:
- Sarah Hyland
- Matt Prokop
- Sasha Pieterse
- Jordan Nichols
- Vanessa Morgan
- Lili Simmons