Raylan Givens meninggalkan Kentucky dan kini mengimbangi hidupnya sebagai Marsyal A.S. dan bapa sambilan. Satu pertemuan tak dijangka membawanya ke Detroit, lalu bertembung dengan seorang sosiopat ganas dan peguam bela yang digeruni.
Justified: City Primeval
BUTIRAN
Setelah meninggalkan Kentucky 15 tahun lalu, Raylan Givens kini menetap di Miami. Dia seorang Marsyal A.S. dari era lain yang cuba mengimbangi hidupnya sebagai penguat kuasa undang-undang dan bapa sambilan kepada anak perempuannya yang berusia 15 tahun. Satu pertemuan yang tidak dijangka di lebuh raya Florida yang sunyi membawanya ke Detroit. Di sana, dia bertembung dengan Clement Mansell, atau The Oklahoma Wildman, seorang penjenayah ganas dan sosiopat yang pernah terlepas daripada genggaman polis Detroit dan mahu melakukannya sekali lagi. Takdir mereka bertembung dalam satu pertarungan untuk melihat siapa yang akan keluar dari City Primeval hidup-hidup.
- Tarikh Pelancaran:
- 2023
- Genre:
- Drama,
- Polis & Detektif,
- Jenayah
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Timothy Olyphant
- Aunjanue Ellis
- Vondie Curtis Hall
- Adelaide Clemens
- Marin Ireland
- Victor Williams
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Kota Purba
15 tahun selepas meninggalkan Kentucky, pertemuan tak dijangka membawa Raylan Givens ke Detroit.
M1:Ep2 Orang Liar Oklahoma
Raylan memburu seorang pembunuh. Carolyn berdepan dengan bekas klien. Willa mendapat kawan baharu.
M1:Ep3 Penikam Belakang
Raylan dan Polis Detroit memberkas beberapa suspek yang berpotensi.
M1:Ep4 Kokomo
Raylan berdepan mafia Albania. Mansell menjalin pakatan baharu. Carolyn mula leka.
M1:Ep5 Awak baik?
Kisah silam Carolyn kini menghantui Raylan. Mansell mula menggerakkan rancangannya.
M1:Ep6 Selamat tinggal
Satu kekecohan yang gagal menjadikan usaha Raylan memburu Mansell huru-hara.
M1:Ep7 Pistol Berasap
Raylan dan Mansell bersemuka.
M1:Ep8 Soalan
Raylan dan Carolyn melampaui batas, dan Raylan berjuang untuk keluar dari Detroit hidup-hidup.