Gotta Kick It Up
Gotta Kick It Up
TV-G
Perihal Audio
Sari Kata / Kapsyen Tertutup
20021 j 24 m
Drama, Tarian, Pendewasaan

Buat pertama kalinya, Sekolah Menengah Marshall bakal ketiadaan pasukan tarian. Apabila Cik Bartlett bersetuju menjadi jurulatih tarian baharu mereka, sekumpulan gadis perlu berusaha sedaya upaya untuk meraih kekaguman ibu bapa dan rakan-rakan. "Si, se puede"..."Ya, kami boleh".

Gotta Kick It Up

BUTIRAN


Tahun persekolahan baharu bermula di Sekolah Menengah Marshall, tetapi bagi sekumpulan gadis, ia terasa seperti satu pengakhiran. Jurulatih pasukan tarian mereka telah bersara dan pengetua tidak mempunyai jurulatih untuk tahun ini. Berita ini sangat mengecewakan. Ia merupakan satu-satunya aktiviti sekolah yang benar-benar mereka nikmati. Gadis-gadis itu kemudiannya mendapat tahu bahawa Cik Bartlett, guru biologi baharu, pernah belajar tarian di konservatori seni terkenal, The Julliard School. Mereka memujuk Cik Bartlett sehingga dia bersetuju untuk menjadi jurulatih baharu mereka. Malangnya, persembahan pasukan itu di pertandingan pertama tahun itu gagal teruk. Daisy, penari terbaik dalam kumpulan itu dan ketua mereka, mencabar Cik Bartlett untuk menjadi jurulatih yang lebih berkesan dan pasukan itu mula menunjukkan kemajuan sebenar. Gadis-gadis itu mahu menyertai satu lagi pertandingan, tetapi Cik Bartlett merasakan mereka belum bersedia. Bertekad untuk bertanding, mereka mengambil tindakan sendiri tanpa kebenaran sekolah atau ibu bapa. Mereka menyertai pertandingan itu dan berjaya memenangi tempat ke-3. Namun, keterujaan mereka pudar apabila disambut oleh ibu bapa yang risau sekembalinya ke Marshall. Cik Bartlett juga kecewa dan hampir berhenti, sehinggalah dia dan Daisy berbual dari hati ke hati. Hasilnya, Cik Bartlett bertekad untuk memberikan yang terbaik dan gadis-gadis itu kembali berlatih gerak tari yang inovatif. Daisy, yang berlatarbelakangkan Hispanik, tampil dengan moto baharu, "Si, se puede," yang bermaksud "Ya, kita boleh." Untuk ke peringkat akhir, mereka perlu mengatasi masalah perhubungan, gred merosot, kurang keyakinan diri dan kekurangan dana. Sikap "si, se puede" baharu mereka membantu mereka mengharungi setiap krisis dan mereka berjaya meraih tempat ke-2 di peringkat akhir, melayakkan diri ke pertandingan serantau dan mendapat kekaguman ibu bapa serta rakan-rakan.

Durasi:
1 j 24 m
Tarikh Pelancaran:
2002
Genre:
Drama,
Tarian,
Pendewasaan
Klasifikasi:
TV-G
Pengarah:
Ramon Menendez
Dibintangi:
Camille Guaty
America Ferrera
Jhoanna Flores
Suilma Rodriguez
Sabrina Wiener
Miguel Sandoval

Anda Juga Mungkin Suka

  • thumbnail - Luck of the Irish
  • thumbnail - Right on Track
  • thumbnail - Double Teamed
  • thumbnail - Going to the Mat
  • thumbnail - Rip Girls
  • thumbnail - Johnny Tsunami
  • thumbnail - Brink!
  • thumbnail - ZOMBIES