David Beckham kembali ke tempat asalnya. Sepanjang satu musim, David menyertai kelab East London, Westward Boys, yang bermain dalam liga tempat segalanya bermula untuknya – Liga Perdana Echo. Westward belum menang sebarang perlawanan musim ini dan kini di ambang penyingkiran. David berdepan tugas yang getir. Mampukah dia menyelamatkan skuad mereka?
Save our Squad with David Beckham
BUTIRAN
David Beckham kembali ke akar umbi. Kerjaya yang membawanya ke puncak bola sepak dunia kini kembali ke tempat asalnya: London Timur. Di sinilah perjalanan bola sepaknya bermula – dalam Liga Perdana Echo.
Dalam Save Our Squad, David Beckham berganding bahu dengan Westward Boys, sebuah pasukan akar umbi bawah 14 tahun dari London Timur yang sangat memerlukan bantuan. Westward belum menang sebarang perlawanan sepanjang musim dan kini di ambang penyingkiran. David perlu menggunakan segala pengalamannya untuk menyelamatkan mereka.
Daripada kejayaan kepada kekecewaan, kegagalan kepada penebusan, pengalaman yang bakal dilalui oleh Westward Boys, jurulatih dan keluarga mereka sepanjang musim ini pasti tidak akan dilupakan.
- Tarikh Pelancaran:
- 2022
- Genre:
- Siri Dokumentari,
- Sukan
- Klasifikasi:
- Dibintangi:
- David Beckham
- Ade Abayomi
- Edwin Mensah
EPISOD
M1:Ep1 Dia Akan Pulang
David Beckham pulang untuk membimbing pasukan di liga tempat kariernya bermula.
M1:Ep2 Melangkah Maju
David menggesa Westward untuk bangkit jika mahu terselamat daripada penyingkiran.
M1:Ep3 Bersatu
David mahu anak-anaknya bersatu sebagai keluarga, tidak kira menang atau kalah.
M1:Ep4 Jangan Pernah Berputus Asa
Lawatan David ke Wembley memberi inspirasi, tapi mampukah mereka bertahan dalam Liga Perdana Echo?