Atrangi Re
Atrangi Re
13+
Sari Kata / Kapsyen Tertutup
2021 • 2 j 17 m
Drama, Komedi, Percintaan

Pada hari ke-24 Bihar dilanda banjir, kesabaran keluarga Dulhayen sudah sampai ke penghujungnya. Rinku asyik lari dari rumah dengan kekasihnya sejak berumur 14 tahun. 10 tahun kemudian, selepas ditangkap berkali-kali, dia masih enggan mendedahkan nama lelaki itu. Kini, keluarganya nekad untuk mengahwinkannya secara paksa dengan sesiapa sahaja, asalkan bukan orang Bihar.

Atrangi Re

BUTIRAN


Selepas 24 hari Bihar dilanda banjir, keluarga Rinku sudah hilang sabar. Sejak berumur 14 tahun, Rinku asyik melarikan diri bersama kekasihnya. Kini, 10 tahun kemudian dan selepas ditangkap berkali-kali, dia masih enggan mendedahkan nama lelaki itu. Jalan terakhir, mereka mahu mengahwinkannya secara paksa dengan sesiapa sahaja, asalkan bukan orang Bihar. Kebetulan, sekumpulan doktor dari Delhi tiba untuk menjadi sukarelawan, tetapi orang suruhan keluarga Rinku tersalah culik Vishu.



Vishu, seorang lelaki Tamil tradisional, sepatutnya bertunang dengan Mandy dalam masa tiga hari. Namun, dia diculik, diberi gas ketawa, dan dipaksa berkahwin dengan Rinku yang dibius, mengikut tradisi "Pakadwa Vivaah". Mereka kemudiannya dihantar ke Delhi. Dalam perjalanan, mereka berdua bersetuju untuk tidak mengiktiraf perkahwinan itu dan meneruskan hidup masing-masing.



Namun, pada hari pertunangan Vishu, video perkahwinan mereka tersebar luas. Mandy yang berang mengarahkan Vishu menyelesaikan masalahnya sebelum kembali kepadanya. Ini menjadi permulaan persahabatan antara Rinku dan Vishu. Rinku teruja untuk memperkenalkan Vishu kepada kekasihnya, Sajjad. Tetapi apabila tiba masanya, Vishu sedar Sajjad tidak wujud. Dia hanyalah ciptaan imaginasi Rinku.



Vishu tidak sampai hati melihat keadaan Rinku dan memutuskan untuk membantunya. Filem ini mengisahkan perjalanan mereka dan bagaimana Vishu mendapati dirinya bersaing dengan bayangan seorang lelaki yang sempurna. Atrangi Re ialah kisah cinta pahit manis tentang seorang lelaki biasa, seorang wanita degil, dan sebuah idea cinta yang luar biasa, diiringi muzik yang menyentuh jiwa dan persembahan sarkas yang menghiburkan.

Durasi:
2 j 17 m
Tarikh Pelancaran:
2021
Genre:
Drama,
Komedi,
Percintaan
Klasifikasi:
13+
Kategori:
Filem

Anda Juga Mungkin Suka

  • thumbnail - Hum Ho Gaye Aapke
  • thumbnail - Do Aur Do Pyaar
  • thumbnail - Sangamarmar
  • thumbnail - Chori Chori
  • thumbnail - Mujhse Shaadi Karogi
  • thumbnail - Ishq
  • thumbnail - Sita Ramam
  • thumbnail - Main Tera Hero