Kehidupan haiwan memang menakjubkan! Saksikan mereka membesar di alam liar, meraikan kejayaan dan berjuang untuk hidup. Siri buku National Geographic Kids "Kisah 5 Minit" kini dihidupkan dalam adaptasi ringkas untuk si cilik yang ingin tahu, lengkap dengan kosa kata baharu dan fakta menarik tentang anak penguin, anak jaguhar, panda dan banyak lagi
5-Minute Stories
BUTIRAN
Apakah warna anak panda yang baru lahir? Bagaimana ibu bapa penguin maharaja memastikan telur mereka tidak membeku? Bagaimana jerung paus melepaskan diri daripada serpihan laut? Haiwan mempunyai pelbagai kisah yang menakjubkan! National Geographic Kids mempersembahkan "Cerita 5 Minit", siri buku yang dihidupkan dalam adaptasi ringkas untuk si cilik yang ingin tahu, dengan banyak fakta seronok dan kosa kata dalam format baca bersama yang mudah. Ikuti sekawan anak jaguar membesar menjadi pemburu hutan yang garang, berenang bersama sekumpulan jerung tukul, dan saksikan berudu bermetamorfosis menjadi katak, sambil mengukuhkan pemahaman bacaan.
- Tarikh Pelancaran:
- 2026
- Genre:
- Haiwan & Alam Semula Jadi,
- Siri Dokumentari
- Klasifikasi:
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Cerita 5 Minit: Anak-anak Penguin Hebat
Terokai perjalanan penguin maharaja, dari telur ke lautan.
M1:Ep2 Kisah 5 Minit: Anak Panda Membesar
Ketahui bagaimana anak panda mula berjalan, memanjat dan mengunyah buluh.
M1:Ep3 Cerita 5 Minit: Penyelamatan Yu Paus
Penyelam cuba menyelamatkan seekor yu paus yang terbelit pada jaring.
M1:Ep4 Cerita 5 Minit: Belajar di Akademi Kera
Budi, si anak orang utan, belajar cara hidup di alam liar.
M1:Ep5 Cerita 5 Minit: Perjalanan Seekor Anak Penyu
Kembara setiap anak penyu belimbing bermula dengan kepulangan yang epik.
M1:Ep6 Cerita 5 Minit: Helo Yu Tukul
Baca bersama dan kenali keluarga jerung si kepala leper yang popular
M1:Ep7 Cerita 5 Minit: Anak Jaguar Comel
Bakal raja rimba, anak jaguar memulakan hidup dengan sangat gebu dan comel
M1:Ep8 Cerita 5 Minit: Dari Berudu Kecil Menjadi Katak Hebat
Saksikan keajaiban berudu kecil berubah menjadi katak.