"The Beatles Anthology" ialah siri dokumentari bersejarah daripada Apple Corps yang mengisahkan kugiran paling berpengaruh dan disayangi sepanjang zaman, melalui penceritaan The Beatles sendiri. Dipulihkan semula dengan indah oleh Park Road Post milik Peter Jackson dan kini diperluas kepada sembilan episod, siri ini menawarkan paparan intim yang belum pernah disaksikan tentang perjalanan legenda dan selok-belok dalaman The Beatles.
The Beatles Anthology
BUTIRAN
"The Beatles Anthology" ialah siri dokumentari mercu tanda dari UK yang meneroka kehidupan kugiran paling berpengaruh dan disayangi sepanjang zaman, melalui penceritaan The Beatles sendiri. Dipulihkan dengan indah oleh Park Road Post milik Peter Jackson, siri ini kini menyertakan episod kesembilan yang baharu, menampilkan rakaman Paul McCartney, George Harrison dan Ringo Starr yang tidak pernah disiarkan semasa pembikinan siri dan projek muzik "Anthology" asal pada 1990-an. Siri ini merangkumi zaman awal mereka yang penuh kepayahan sehinggalah fenomena Beatlemania dan kemasyhuran global. John Lennon, Paul McCartney, George Harrison dan Ringo Starr mengajak kita mengimbau kembali suka duka dan liku-liku perjalanan The Beatles sepanjang lapan tahun sebagai sebuah kugiran.
- Tarikh Pelancaran:
- 2025
- Genre:
- Muzik,
- Siri Dokumentari,
- Biografi
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- The Beatles
- Dibintangi:
- John Lennon
- Paul McCartney
- George Harrison
- Ringo Starr
EPISOD
M1:Ep1 Episod Satu
Kisah awal John, Paul, George dan Ringo, dari Liverpool hingga kejayaan rakaman hit pertama mereka.
M1:Ep2 Episod Dua
The Beatles mula mendaki carta dan menakluki dunia.
M1:Ep3 Episod Tiga
The Beatles tiba di Amerika dan memecah rekod dengan kemunculan mereka di "The Ed Sullivan Show".
M1:Ep4 Episod Empat
Beatlemania melanda dunia. Setiap hari, the Beatles berdepan dengan media dan peminat yang menggila.
M1:Ep5 Episod Lima
Persembahan Stadium Shea memecahkan rekod. Namun, satu jelajah terakhir menanti di Filipina.
M1:Ep6 Episod Enam
Khabar angin The Beatles merosot dilebih-lebihkan, sedang mereka rakam hit terhebat pada 1967.
M1:Ep7 Episod Tujuh
Pembabitan dalam meditasi transendental melahirkan "White Album".
M1:Ep8 Episod Lapan
Kumpulan itu mula merakam album yang mereka syak akan menjadi yang terakhir.
M1:Ep9 Episod Sembilan
Paul, George dan Ringo bersatu semula di studio, dengan rakaman di sebalik tabir yang serba baharu.